Monday, May 31, 2010

~Corat- Coret~

Tetiba aku rasa sgt rajin pula untuk aku mencoretkan ceritera kisahku ini. Padahal barusan sahaja aku mencoretkan perihal majlis persandingan sepupuku yg ku kira tidak lebih dr 4 jam yg lalu. Bila kerajinanku untuk menaip dan idea itu datang memang x menyempat2 la jadinya, time tu juga la aku nak menaip. Bila aku mati kutu kekeringan idea atau tahap kemalasan ku tiba walaupun di kala itu ada je story2 yg patut aku ceritakan di sini tp jangan harap la aku nak taip.

Sebenarnya keadaan kesihatan ku pada minggu ini juga agak kurang memuaskan, di mana tekak ku sangat sakit dan hidung ku yang agak gatal2 kerana di serang 'flu', harap2 bkn terkena jangkitan H1N1. Keadaan selera makan ku juga tak menentu sehingga memberi kesan kpd berat bdn ku yg kejap naik dn kejap turun. Br minggu lepas aku g timbang turun la 2 kilo, begitu la keadaan diri ku kejap naik kejap turun, kejap aku selera dan terkadang aku tak selera nak makan. Berat badan aku turun bkn kerana aku nak berdiet tetapi telah di pengaruhi oleh kesihatan ku dan juga emosi ku yang tidak berapa stabil kebelakangan ini.

Selain itu, isu2 semasa sejak akhir2 ini juga tidak kurang hebatnya, ada2 sahaja kes bunuh-membunuh dipaparkan, tidak kira kes pembuangan bayi, kes pembunuhan wanita samada di dalam atau luar negara semuanya membuatkan aku rasa mual dan ngeri pabila melihat foto2 tersebut serta takut dengan keadaan yg mengerikan itu. Aku sentiasa berdoa dan berharap perkara tersebut tidak berlaku pd diri ku, keluarga, rakan2 serta di Malaysia. Kadangkala kita juga perlu berhati2 kerana ada orang yg sedang memerhatikn kita tanpa di sedari dan yg paling penting kita haruslah tidak bermusuhan dgn org lain sehingga menjadi dendam maka berlaku lah perkara2 yg tidak di ingini.


Majlis Perkahwinan Sepupuku.

Pada 28 Mei 2010, sepupuku Adlina atau nm timang-timangannya Awe telah selamat di ijabkabulkn. Majlis persandingannya pula diadakan pd ke esokkan harinya, mcm biasa la majlis kawen lau x de karaoke or pancaragam x sah dn x berseri la majlis tersebut. Sepupuku telah menjemput band Puterasari di mana br2 ini band tersebut pernah memasuki peringkat separuh akhir rancangan Rhytm of Champion. Sebenarnya salh seorg drp band tersebut adlh classmate kami time for 4&5 dulu.

Majlis diteruskan sehingga ke mlm hari iaitu sehingga pukul 3 pg dgn acara 'Joget Lambak', yg speselnya joget lambak kali ini apabila kami dihiburkan dgn band yg cukup terkenal suatu ms dulu sehingga kini atau kita sebut 'Legend' iaitu May. Mus (May) ni sbnrnya adlh shabat kpd pengantin lelaki iaitu Romy. Sepatutnya band May la yg akn mnjd pancaragam pd majlis tersebut tetapi oleh disebabkn May terikat dgn rancangan Mentor iaitu beliau harus memberi latihn kpd protegenya Ayim jd Mus hye dtg sbg tetamu tetapi sempat juga menyampaikn 3 buah lagu khas utk penduduk kg yg hadir pd mlm itu serta pengantin br. Agak lm juga acara joget lambak ini tidak diadakn ats sbb tertentu. Mesti korang2 nak tau apa itu joget lambak kan? Joget lambak ni mcm joget biasa la, joget ikut suka korang. Acara sebegini mmg sgt popular di kampungku Semenyih sebagai hadiah kpd mereka2 yg telah bertungkus lumus menjayakan majlis kenduri kawen pd siang harinya.Majlis kenduri sebelah lelaki pula akn diadakn pd 5 Jun 2010 di Sg Petani Kedah. Kemungkinan aku akan turut serta ke sana. Lm juga tidak ke Kedah.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...