Sunday, June 30, 2013

My Besday

Aassalamualaikum dan salam sejahtera semua, agak lm juga x update blog ni ha adoi...berhabuk sudah. Bukan malas nak update sbnrnya tp sbb masa tak ada lagi2 sejak keje tmpt baru ni. Hehehee alasan je padahal weekend bole update kot, tp tu la kje tmpt baru ni mmg byk giler kje, badan dgn otak jd pnt sgt2, mana taknya semua bnda kena buat dgn pantas, nak berfikir pun kena pantas, maksudnya bila bos tanya projek itu ini mesti kena igt cpt2. Masalahnya projek byk sgt...beratus2 fail kot mmg sakit otak ni dibuatnya hohoo. Lps tu kerja kita ni kena byk bergerak, jarang dapat duduk2 saje, tu bdn dn otak seiring penatnya. Bila weekend lagi2 hari sabtu mmg satu hari tu rest je, nak msk pun malas, mmg terlalu penat sgt2. Fuh..mcm buruh kasar pun ada. Tapi apa2 pun tetap enjoy dgn kerja skrg ni sbb boleh belajar byk perkara, dan yang paling penting otak jadi cerdas sbb banyak berfikir, so boleh mengatasi masalah nyanyuk di kemudian hari.

Oh ya, masalah laptop rosak pun salah satu punca juga kita da lama x update blog. Huhuhuu...laptop zaman belajar dulu kot...Kenangan. Assignmnet dan projek pun masih tersimpan rapi lagi dalam tu tp sayangnya da rosak sikit. Tapi sekarang da ada pengganti baru yeah...tak sangka asben nak hadiahkan notebook, barangkali kesian tgk isterinya dok pinjam notebook dia bila nak buat banking on9. Nak update biz pun x dpt, tapi lps ni tiada alasan lagi.

Thanks Abang untuk hadiah ini.

Semalam my Family in law datang sini, so malam tadi pergi makan2 kat area Bangi, before pergi makan tu kita dapat hadiah lagi. Dapat hadiah dari adik ipar dan mak mertua.

Hadiah dari adik ipar Ilah dan Atie, dapat alas fridge dan apron. Tq adik2 iparku yang comel.

Yang ni hadiah dari mak mertua. Multi cooker, boleh masak macam2, kek kukus boleh, steamboat boleh. Kalau travel/percutian family boleh guna benda ni. Dalam kepala ni da fikir dah nak buat steamboat nnt erm..nyum..nyum.


Alhamdulillah...di usia yang sudah menginjak 27 tahun ni saya sangat2 bersyukur kerana dikelilingi oleh insan2 yang tersayang. 


Foot Note: Insyaallah lepas ni akan selalu update blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...