Thursday, December 4, 2014

Resipi Makanan Si Bulus

First time kita nak kongsi resepi makanan kucing ni ha. Semalam ternampak satu gambar share bahan-bahan untuk memasak makanan kucing kt Facebook. Tetiba rasa nak buat sendiri sebab macam senang je kan.

Balik je keje terus pi pasar malam nak cari ikan. Oleh kerana ini first time nak buat so beli ikan yang longgok2 je dulu. Beli yang fresh karang kucing2 kita x mkn bazir pulak. Nasib baik ada ikan longgok2, 2 piring 5 hinggit je so kita beli. Tapi ikannya bercampur la pulak, ada kembung, selar dan sardin. Lepas beli ikan kita pi cari lobak pula, konon nak ada sayur bior sihat skit kucing2 kt umah tu makan. Last skali pi beli agar-agar serbuk kat Pasaraya CS.


Cara-caranya;

1- Siang ikan, basuh bersih-bersih dan rebus sekali dengan lobak yang telah di potong kecil supaya senang nak blender.
2- Agak-agak da masak bahan-bahan tadi, toskan ikan-ikan rebusan tu kemudian asingkan isi ikan dari tulangnya.


3- Kemudian, isi-isi ikan tu hendaklah diblender skali dengan lobak. Jangan lupa letak air. Lagi elok guna semula air rebusan ikan-ikan tadi.
4- Lepas tu boleh la prepare jeli pula. Kalau x de agar-agar serbuk anda boleh guna agar-agar yang biasa tu. Yang ni kita guna agar-agar serbuk yang tanpa pewarna tu. 
5- Then, curahkan je jeli yang telah sebati tadi pada isi-isi ikan yang dah diblender tersebut. 
6- Biarkan sejuk kemudian boleh la dihidangkan pada si comel anda. Simple kan? Next time kita nak try guna sayur bayam pula.

Wet food yang telah siap dimasak ni boleh disejuk bekukan. Tempoh paling elok untuk disimpan selama 5 hari. 


Tips: Sebaik-baiknya rebus bahan-bahan di atas tanpa meletakkan perasa makanan tambahan seperti garam atau stok seperti kiub ayam/ikan bilis. Tidak elok untuk bulu si bulus. 

-Sekian-







Monday, November 17, 2014

Skin care Product Review

Ini adalah first time kita nak review skin care product. Before ni x de pun nak review kan...Kali ni saje nak share skit psl produk yg baru kita try ni iaitu COSMODERM Halal skincare. Tau psl produk ni pun dr selebriti2 FB and blogger yg agk popular juga. Diorng pakai nmpk mcm ok and flawless je, maka nak try la. Dah lama sbnrnya nk try tp sbb produk ni mcm susah skit nak dpt kt farmasi, hanya farmasi yg terpilih aje.

So far baru sebulan pakai. Mula2 pakai tu naik gak jerawat pasir kt muka ni. Rasanya mcm da lama x naik jerawat pasir kt muka ni ha. Last zmn sekolah dulu. Maybe ms tukar skincare product tu kita tak rest kan muka dulu at least seminggu macamtu. Mama kita ada pesan if nak tukar skincare product mesti rest kan muka seminggu tp anak dia ni asal nak cuba produk baru je mmg excited sgt.

Before nk beli tu kita wat survey dulu kt website and FB Cosmoderm ni. Siap inbox tye dan bgtau jenis dan mslh kulit kita ni, then dpt plak feedback serta konsultansi lg tu produk range apa yg sesuai dgn kita serta cara2 penggunaannya. Walaupun boleh je google website dia kan. Actually produk Cosmoderm ni ada 3 jenis if x silap ler. First utk kulit berminyak mcm I nih diorng keluarkan set Tea Tree Oil. Second, Vitamin E-Series utk mereka yg berkulit normal/kering dan yg ke-4 Gentle Series utk kulit yg x de masalah. So produk Cosmoderm ni x de set utk pencerahan yek. Even x de set pencerahan tp content dlm setiap produk dia boleh bg tona kulit sekata dan yang penting produk ini Halal. Ha...jgn mknn je kita cari yg halal. 

So now kita pakai full set of Tea Tree Oil Cosmoderm. Set ni sesuai utk kulit berminyak mcm I ni kan dan berjerawat. If beli fullset dr website dia secara on9 agak murah juga dlm 90++ gitu. Tapi kita beli secara berasingan kt Guardian Bangi dan masa tu x semua set tu dijual. Ritu survey kt Guardian Mid Valley ada jual full set of Tea Tree Oil. So bila stok nak abis nnt bole la beli kt sana je lengkap.

Tea Tree Oil-Cleanser

Fungsinya membersihkan muka dari segala kotoran dan minyak2 secara mendalam.
My Review-So far ok, tiada alahan spt pencuci muka yg lain, means, x gatal2 lps cuci muka dan x rs cekang.
Tea Tree Oil-Toner

Fungsinya sbg penyegar bebas minyak yg dpt mengurangkan pengeluaran minyak di muka.
My Review-Rasa berangin bila kena kat kulit muka, mmg sgt2 menyegarkan dan boleh guna byk2 kali bila rs muka berminyak.

Tea Tree Oil-Day/Night Moisturiser

Fungsinya menghalang kulit dr penuaan awal, menggalakkan proses pembaharuan kolagen dan melembabkan kulit serta melindungi kulit muka dari sinaran matahari.
My Review-Kita pakai cream ni waktu siang je sbb mlm kita pakai anti blemish yg kt bwh ni. Cream dia ok x berminyak sgt so sesuai utk kulit berminyak, even kulit berminyak kita still kena pakai cream sbb duduk dlm opis bole menyebabkan kulit kering. Kita sapu tipis2 je. So far ada nmpak perubhn sikit terutama bekas2 jerawat nmpk pudar dah sikit. Apa yg kita tau Vitamin E ni mmg sgt elok utk hilangkan parut.



Tea Tree Oil-Anti Blemish

Fungsinya sbg mengawal kulit dgn antiseptik, anti bakteria, anti kulat dan anti rangsangan. Membuka pori2 tersumbat, mengawal minyak dan yg paling penting menghentikan pertumbuhan jerawat. Selain itu, bertindak membuang cela, bintik2 hitam dn putih.
My Review-So far dlm byk2 fungsi kt atas ni yg dah nmpk kesannya adalah part cela pd muka, before ni mcm ada kesan kena gigit nyamuk, mula2 igt mmg tnda kena gigit nyamuk tp berbulan2 bengkak tu mcm tu je x susut. Bila sapu anti blemish ni mmg tonyoh lebih kt part 'tu' dan dah nmpak susut skit. Part menghentikan jerawat tu mmg berkesan, dulu kalo naik je jerawat dkt seminggu x kecut2, last2 picit sendiri sbb x thn sakit berdenyut2. Bila guna anti blemish ni dlm ms 2 hari je da x sakit berdenyut2 malah cpt kecut jerawat. Untuk part bintik2 putih dan hitam tu pula terutama bintik2 hitam kt muka I nih mcm lmbt skit kesannya. Degil sungguh bintik2 hitam nih.

Tea Tree Oil-Purifying Mask

Fungsinya untuk mengecilkan pori2, menyerap minyak berlebihan dan kotoran. Membantu membuang toksin. Pakai 2-3 hari sekali jek. 

My Review-Hasilnya buat masa kini belum nmpak sgt lg, hope pori2 kt muka ni semakin kecil ler. Tp mask ni mmg best pakai, rasa berangin sgt, lps sapu tipis2 kt muka biarkan selama 15-20 minit then bilas muka. Tp kita selalu je terlebih masa kikikiki...

Overall, perkembangan selama sebulan pakai ni yg paling ketara bila kita bangun pagi je muka x terlalu berminyak. Try sapu dgn jari rs minyak kt hidung ni x la seteruk spt sblm2 ni. Before ni, bila bangun tidur je boleh rs kot minyak tu berkumpul kt hidung, rs2 boleh buat minyak rambut kot hihihihii.


Foot note: Tgk la bpe lama aku pakai kan...akan ku cuba dlm setahun ni, kalo x licin2 gak muka ni mmg akn tukar produk lain lg hee.


Sunday, September 21, 2014

Company Trip - Singapore

Salam semua...setelah sekian lama hamba menyepikan diri dari dunia blogging, kini hamba kembali. Maklum ler sejak ada anak2 bulus kt umh ni asyik belek mrk aje. 

Cuti Merdeka pada Ogos yg lalu company kita buat trip pergi ke Singapore. Perancangan awal sebenarnya nak buat trip ke tempat lain (somewhere in Thailand or Indonesia), tetapi atas sebab2 tertentu kami tukar plan pergi Singapore.    

Actually trip ni adalah company trip yg pertama kita join, last year punya trip diorang pergi Hat Yai(Thailand) tp kita x join sbb ms tu br sebulan dua masuk kerja so x de sponsor lg huhuu.


30/08/2014 (Sabtu) - Day 1

6.20am- Bertolak dari rumah pergi ke LRT Miharja park kereta kat situ then bas persiaran pick up kami disitu juga.
6.50am- Bertolak setelah semua penumpang dah naik bas.
9.00am- Berhenti di RnR Seremban untuk breakfast. Kami diberi masa 20 minit utk beli mknn dan ke tandas. Me and husband beli sandwich tuna je mkn dlm bas sbb nak kejar masa. (Own                         Expenses)
11.00am- Berhenti makan tengahari kat Air Itam, Johor. Terlalu awal bg kami untuk lunch, dah tu     lauk sedap2 pula mcm asam pedas, ayam goreng tepung, ulam-ulaman, sambal belacan, ayam             masak kicap dan ada lagi beberapa lauk lain (x ingat). Oleh sebab kenyang, maka kami mkn               sikit jek then lauk2 yg balance tu mcm aym goreng tepung tu kami bungkus kot2 dlm                         perjalanan nnt lpr ke. (Included)

Kat sini la kami lunch. Kedai makan ni bersebelahan dengan kedai jual kerepek. Lps makan ada la beberapa org dr kami yg memborong. Me tak borong sbb sampai kastam ms nak check in masuk Singapore tu kena angkut suma brg2 yg dibawa.


12.00pm- Selesai makan kami pun bertolak ke Tropical Village, Johor. Ikut itenary sepatutnya pergi   ke Ladang kambing dulu but skip sbb tempat tu dah tukar. (Included)

Tempat ni ala2 mcm kat Terengganu(yg dekat dengan masjid crystal, x igt nama) sbb diorang buat monumen2 seperti KLCC tp tempat ni macam hidup segan mati x mau. Kurang penjagaan dan penambahbaikan. Gambar yg kat belakang tu Rumah Hantu. Me and husband masuk juga la tapi kena byr lain x included tiket masuk. Ok la not bad even bukan hantu betul2 cuma agak panas sikit dlm tu.






Di antara foto2 yg diambil di Tropical Garden. 


2.00pm- Singgah RnR untuk solat Zohor dan meneruskan perjalanan ke Singapore.
4.00pm- Kami tiba di Imigresen sempadan Singapore untuk check out dari Malaysia.
4.15pm- Tiba di Imigesen Singapore untuk check in. Kena angkut semua barang2 yg dibawa               termasuk ayam goreng tepung kami hahaha. Nasib baik x borong kerepek if not kena angkut           sekali.
5.00pm- Kami dibawa pusing2 sekitar Singapore dan stop kat Merlion.





Foto2 yang diambil sekitar Merlion Singapore.


7.00pm- Kami dibawa makan malam di sekitar Geylang Road. Kat sini banyak kedai mamak je.         Husband pun da bgtau awl2 sini nak cr malay food mmg payah. (Own Expenses)

Me order Murtabak Singapore. Last2 x abis sbb besar sgt. Kita lupa murtabak kat sini 2 kali ganda hihiii. But taste x sedap sgt, kalau pergi kedai lain mungkin sdp kot. Murtabak yg kami mkn ni byk sgt cengkih x sdp. (foto ehsan dari google, sindri punya foto da terdelete) Tapi teh tariknya mmg sdp sbb teh x pekat dgn pewarna mcm kat kedai mamak sini.

9.00pm- Check in hotel Fragrance Rose Hotel kat Belestier Road. (Included)




Bilik tidur kami for one night only.

11.00pm- Free and easy. Selepas mandi dan rehat2 kejap kami bersiap2 nak pergi ke Mustaffa             Shopping Mall pula. Ini je masa yg kami ada untuk membeli-belah. Tapi kami pergi sendiri je naik teksi memandangkan husband dah pernah pergi sini so x perlu risau sesat ke. Yang lain2 semua x keluar mlm tu sbb penat. Hanya ada beberapa org je yg keluar jln2. Tp kami je yg shopping sakan. Rugi la da dtg sini tp x beli souvenir. (Own Expenses)

24 Hour Shopping Mall. Ala2 mcm Mydin or Little India kat Brickfields tu tp lg best. Barang2 yg dijual disini dari yg x de brand sampai yg branded. Contohnya minyak wangi dari yg murah serendah 20$ Sing Dolar sampai yg mahal. Agak gila dan rambang mata shopping kat sini.

Souvenir kat sini terlalu byk smpai rambang mata nak pilih, dari keychain, fridge magnet, pen, sampai barang2 perhiasan rumah. 














Ada beli snek juga kat sini. Me beli biscuit merlion perisa coklat dan mangga, sedap juga. Nex time husband outstation kt sini nak kirim beli.

2.00am- Balik. Rest dan Zzzzzz.


31/08/2014 (Ahad) - Day 2

6.15am- Wake up call. Bangun, mandi, solat dan bersiap2 untuk pergi ke USS yea...(Included)
7.30am- Check out dan Breakfast kat Geylang juga. Still mkn kt kedai mamak. Me sarapan roti canai pisang, sdp sgt. Husband roti canai kosong 2 keping, kat sini kalau order roti canai kosong               mmg dia bg 2 keping. Tak boleh order sekeping je tak tau kenapa. Dan teh tariknya x sdp, rs               kosong jek. (Own Expenses)
8.30am- Bergerak ke Universal Studio Singapore(USS). Ngam2 sampai tempat ni baru buka. Kami     masuk lane VVIP eceh...line spesel sbb husband ada add on beli pass fast lane so bila nak               masuk mana2 tempat kt dalam tu tak perlu beratur panjang. Dan pass tu pun diorng tak jual               byk sehari maybe 200 jek. Kalo jual byk x fast lane ler jwbnyer..
       First place kami masuk area Hollywood street. Kat sini byk persembahan live tp suma ikut time. Tak semua kami masuk sob...sob. Sempat masuk tgk Camera, Live and Action je. Kat sini dpt tgk macamana Hollywood buat filem aksi yg ada terbakar2 tu, cmne diorng wat kilat, petir suma tu. Mmg best.






















Ni la Hollywood Street.


Tempat2 lain kat sini ada Madagascar, Far...far away, Ancient Egypt, Sci Fi, The Lost World dan byk lagi. Paling best masuk Sci Fi, 3D Transformer. Mmg awesome mcm real sgt, rs mcm kita kt dlm filem. Paling nak muntah masuk Ancient Egypt. Roller coasternya boleh reverse ke belakang pulak...ohh mmg byk kejutan. Tak sm mcm theme park kt sini. Lain2 yg best masuk Madagascar, Sesame Street, dan Jurassic Park. Paling lama dan agak buang masa sikit kat Far..far away. Setiap tempat yg kami pergi ada tempat mkn mengikut tema2 tersendiri. Ada satu tmpt mkn yg pelik ala2 hospital, minumannya mcm pek darah dan mknnnya pula nmpk agak meloyakan skit tp menarik cuma kami tak jumpa pula tempat tu. Lunch kami makan kat area Food Court Madagascar, kami mkn chicken rice je. 

5.00pm- Keluar dr theme park dan bertolak ke Kukup Island. (Included)
7.00pm- Tiba di tempat penginapan kami(x igt nm tmpt tu dan we all not satisfied, apa yg kami           bayangkan jauh tersasar dr apa yg kami lihat huhuhuu).
9.00pm- Dinner, rest and sleep. 

01/09/2014 (Ahad) - Day 3

8.00am- Sarapan kat kedai mamak lagi huhuhuuu. Even da blk Malaysia pun x jumpa kedai melayu, bukan x de tp lmbt buka. (Own Expenses)
9.30am- Packing brg2 then pergi ke Pulau Ular/Pulau Kukup Johor National Park menaiki feri but       then sampai sana national park tu tutup pula hoh. Kenapa la Travel agency ni x buat study                   dulu. Kami ni sblm nak pergi tmpt ni da google dlu tau. Tgk tmpt tu menarik x sbr nak                     masuk. Mmg last day yg spoil and wasted. (Included)























Jalan2 mkn angin je ler...igt dpt la naik jambatan tergantung tu.

11.00am- Bertolak ke tempat lain pula, pergi tgk ikan. Tp x de sape beli ikan aquarium tu sbb leceh     nak bwk blk.

 Arapaima Gigas






















Another place yg really wasted time.

12.00pm- Bertolak ke Air Itam atas permintaan m.cik2 yg nak shopping pasu2 katanya. But then         seketul pasu pun x beli sbb mhl. Me mmg x minat nak beli pasu2 ni maybe keinginan tu                       belum ada lg kot. Kami beli bantal peluk panjang Chipmunk je, konon beli utk anak2 bulus               baring ats tu tp diorng takut tgk muka Chipmunk tu hahaha. Last2 den buat sandar badan jek.               (Own Expenses)
1.30pm- Lunch. Me makan Soto jek. Bos belanja yea.
2.30pm- Bergerak pulang.
6.30pm- Dinner kat Restoran Thai Seafood area Seremban. Yang ni satisfied, nasib baik sdp dan puas hati. Dishes-Green chicken curry, Fried Chicken pandan leaves, Kailan, Siakap steam, Udang             petai, telur dadar dan bevarage-hot chinese tea (Included).
7.30pm- Bertolak pulang.
9.00pm- Tiba di Miharja but then kereta husband bateri abis pulak x leh start engine. So terpaksa la   naik teksi dgn brg yg byk. Oh ya, at last brg2 shopping kami yg paling byk hohoho.

            Kesimpulannya we all really enjoy masa kt Universal Studio jek. Next trip dgr2 citer company nak buat trip kat Batam pula. Oouh kena simpan duit untuk shopping2 sakan kt sana pulak nnt.





Wednesday, February 5, 2014

Family Vacation 2.0

Sempena cuti CNY last week kita mmg da plan nak holiday dengan family pula, yela last year asyik berhanimun je so apa salahnya this year spend time dgn family tercinta pulak kan. Before tu da pi holiday dgn family mertua kat Cameron Highland, masa cuti Thaipusam ritu, itupun tak plan juga sebenarnya. Kiramya unplanned ler semua ni.

Mula-mula tu plan nak pergi dekat2 je mcm PD tp fullbook pula, ada yg vacant tu tp mhl gila lagi2 time super peak season nih kan. Sekali tu adik ckp dia ada dpt rate booking Hotel/Resort murah skit utk staff Petronas so suruh dia try check PD tp fullbook pula, then check kt Fraser Hill pun fullbook juga. Makanya yg still vacant kat Swiss Hotel Lumut, Perak je. Mula-mula nak booking hari Jumaat-Ahad (3H 2M) tapi tak de vacant. Yang ada start hari Sabtu je, masa tu igt nak booking hari Sabtu-Ahad sbb Isnin tu cuti Wilayah tapi asben pulak keje. So last decide booking hari Sabtu dan Ahad je.

Location map



 Room Key

Bilik kami

Untuk bilik Parents dan adik-adik yang lain x sama macam yg atas ni, yg atas ni jenis studio, dalam satu ruang tu sekali dgn bilik dan dry kitchen. Tak separate. Mula-mula tu kami assume kitchen'nya ada dapur masak, skali semua bilik dia provide Microwave jek. Nasib baik ada buat back up plan. My mom ler paling gelabah bila tgk x de dapur msk but me mmg da dpt jangka apartment jenis mcm ni kdg2 x provide dapur masak. So awal2 da ckp nak bawa Multicooker.

Dinner me masak Tomyam Steamboat simple je sbb kami sampai pun da ptg sgt so mmg da jangka mesti penat nak masak macam2. Wetfood kt atas ni kami beli kat Tesco Seri Iskandar je tu pun x byk sgt choice. 

Bila da msk kami mkn dgn nasi.

Breakfast keesokan harinya my mom buat nasi goreng and my abah buat roti bakar.

And me goreng ayam berempah yg telah diperap semalaman. Aym tu diperap dgn rempah Cajun dan Roasted herbs je. Plan asal nak roasted je pakai periuk Vantage my mom tp dapur masak x de makanya goreng dlm periuk ajaib ni la jwbnya. Berguna juga periuk ajaib pemberian MIL kita nih. Lps tu semua mknn tu kami bawa berkelah ke Teluk Senangin. 


Lepas tu da ptg sikit kami pergi ke Lumut - Hi tea pula, mkn laksa dan minum air kelapa.


Lps tu beli brg2 sikit - beli sotong kering, ikan bilis dan ikan masin sblm pulang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...