Thursday, December 4, 2014

Resipi Makanan Si Bulus

First time kita nak kongsi resepi makanan kucing ni ha. Semalam ternampak satu gambar share bahan-bahan untuk memasak makanan kucing kt Facebook. Tetiba rasa nak buat sendiri sebab macam senang je kan.

Balik je keje terus pi pasar malam nak cari ikan. Oleh kerana ini first time nak buat so beli ikan yang longgok2 je dulu. Beli yang fresh karang kucing2 kita x mkn bazir pulak. Nasib baik ada ikan longgok2, 2 piring 5 hinggit je so kita beli. Tapi ikannya bercampur la pulak, ada kembung, selar dan sardin. Lepas beli ikan kita pi cari lobak pula, konon nak ada sayur bior sihat skit kucing2 kt umah tu makan. Last skali pi beli agar-agar serbuk kat Pasaraya CS.


Cara-caranya;

1- Siang ikan, basuh bersih-bersih dan rebus sekali dengan lobak yang telah di potong kecil supaya senang nak blender.
2- Agak-agak da masak bahan-bahan tadi, toskan ikan-ikan rebusan tu kemudian asingkan isi ikan dari tulangnya.


3- Kemudian, isi-isi ikan tu hendaklah diblender skali dengan lobak. Jangan lupa letak air. Lagi elok guna semula air rebusan ikan-ikan tadi.
4- Lepas tu boleh la prepare jeli pula. Kalau x de agar-agar serbuk anda boleh guna agar-agar yang biasa tu. Yang ni kita guna agar-agar serbuk yang tanpa pewarna tu. 
5- Then, curahkan je jeli yang telah sebati tadi pada isi-isi ikan yang dah diblender tersebut. 
6- Biarkan sejuk kemudian boleh la dihidangkan pada si comel anda. Simple kan? Next time kita nak try guna sayur bayam pula.

Wet food yang telah siap dimasak ni boleh disejuk bekukan. Tempoh paling elok untuk disimpan selama 5 hari. 


Tips: Sebaik-baiknya rebus bahan-bahan di atas tanpa meletakkan perasa makanan tambahan seperti garam atau stok seperti kiub ayam/ikan bilis. Tidak elok untuk bulu si bulus. 

-Sekian-







3 comments:

yoorin melacolea said...

good tips ni asha... sebb lg jimat.. buat banyak2 simpan dalam peti ais kann.. =) nak bg makan keluarkan stim je..

Ashmira said...

haah jimat sgt. hari2 bagi mknn dlm tin boleh bankrupt plus ianya x menyihatkn bg kucing mkn hari2 mknn yg diproses ni kan.

yoorin melacolea said...

haah.. dulu putih aku bg masa baby hari2.. pastu dah besar sikit, seminggu sekali yg dalam peket tu..kira cheat day untuk dia laa..hahahaha..padahal nak bajet makan untuk dia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...