Thursday, December 31, 2015

Resipi Kari Ayam ala Indian Style

Semalam try masak kari ayam ala mamak/Indian style. Actually, da lama nak belajar masak kari yang macamni means tanpa santan. Memandangkan suami memang suka makan kari style macamni, so why not me tak cuba kan.


Bahan-bahan untuk masak kari;
1. Bawang besar
2. Cili merah
3. Cili api/Cili padi
4. Rempah kari ayam
5. Daun kari
6. Tomato
7. 4 sekawan-bunga lawang/cengkih/buah pelaga/kulit kayu manis
8. Halia dengan bawang putih ditumbuk but me takde batu tumbuk makanya kita blender aje.
Lain-lain bahan kalau nak tambah seperti kentang pun boleh but me and asben tak makan sgt kentang so tak letak.


1. Tumis 4 sekawan tu sampai naik bau.
2. Kemudian masukkan bawang yang telah dihiris beserta dgn daun kari.
3. Diikuti dgn cili merah dan cili api. Kacau sampai sedikit garing.
4. Masukkan ayam dan halia yang telah ditumbuk or blend bersama dgn bawang putih tadi. Kacau rata.


5. Masukkan sedikit serbuk kunyit dan gaul ayam setengah masak. 
6. Masukkan rempah kari ayam serta masukkan sedikit saje air masak utk bagi rempah kari tu masak dan pecah minyak dulu.


7. Setelah rempah kari tadi dah pecah minyak barulah masukkan air secukupnya ikut kesesuaian/citarasa  anda nak kuah kari tu pekat or berkuah. Jangan lupa letak garam yek.
8. Akhir sekali boleh masukkan kentang (bg yg suka) dan tomato. Dikacau rata sehingga masak.
SIAP.




Tuesday, December 29, 2015

Family Vacation : Port Dickson - Genting Highland - Bukit Tinggi


Cuti Maulidur Rasul dan Christmas baru-baru ni me and my family in law pergi bercuti ke Port Dickson-Genting-Bukit Tinggi. This year bercuti dalam Malaysia je dulu memandangkan si kecik      kami ni tak boleh nak behave sgt bila bwk berjalan.

   Hari khamis kami bertolak ke PD pada pukul 4 ptg macamtu, sepatutnya nak bertolak awal sikit tapi      memandangkan keretaku mengalami kerosakan pada tayar maka encik asben gi bawak tukar tayar kereta dulu.

 Kami tiba di homestay Nafisah (area Politeknik PD) lebih kurang jam 6 ptg. Berehat sebentar sebelum kami keluar utk makan malam. Ooh ye, foto homestay tak sempat nak snap pulak. Actually homestay Nafisah ni ada 3 bilik je, family kecil yg join trip ni ada 4 so salah satu family kena beradu di ruang tamu huhuhuuu.

Keesokan harinya (Jumaat), the whole family except me and baby pergi mandi laut kat Teluk Kemang. Kita tak join sbb baby meragam since dari malam semalamnya. 



Ini jela group yg join mandi-manda kat laut. En.asben pun tak mandi juz bersantai-santai je.



Kami bertolak ke Genting Highlands pada pukul 11 pagi dan singgah ke Masjid UKM Bangi utk solat Jumaat bagi lelaki dan makan tengahari pula disekitar Bangi juga.

Kami tiba kat Awana Resort Genting Highlands ni pada pukul 5 petang. Actually asben hanya dpt booking Apartment ni 1 unit je, yg lain dah full.


Dalam apartment ni ada 2 bilik je, so yg stay kat sini mertuaku dan adik ipar perempuanku bersama suaminya dan tak lupa juga lagi sorang adik iparku yg bongsu hehehe.


ada jakuzi lagi tau

Pemandangan mengadap ke padang golf. So far, facilities kat sini ok cuma Astro je tarak.


Manakala penginapan kami pula di DZH Health Resort Club, asben booking 2 bilik utk kami dan adik ipar.



Bilik hotel kami boleh dikira selesa juga la, stay kat sini selama 3 hari 2 malam. Aktiviti malam takde buat apa cuma pergi ke bilik mertua utk makan malam dan rest. 


Keesokan harinya kami bersiap-siap utk naik cable car. Plan asal hanya kami je yg tak naik cable car sbb mcm leceh je nak bwk stroller baby naik cable car. Tapi lps tu nmpk org lain mcm relax je bwk stroller then lipat angkut bwk naik ke cable car so kami pun join gak la naik cable car akhirnya.

Sampai kat atas tu kami hanya pusing-pusing dalam mall je, sbb mmg da sedia maklum Outdoor Park tak siap lagi. Tapi nasib baik ada Indoor Park, boleh la round-round kat dalam tu je. Kami kat sini pun tak lama sbb masing-masing pun da pening-pening lalat akibat naik cable car kan. Balik je bilik hotel terus baring sbb tak tahan sakit kepala. Terpaksa la asben keluar ke kedai belikan kita panadol. 



Keesokan harinya, lepas je checkout kami pergi ke Bukit Tinggi pula, memandangkan tempat tu pun tak jauh dari Genting Highlands so why not kami tak singgah ke situ kan.
Tempat pertama, kami singgah ke Japanese Village. Omaigad, kena daki tangga yang byk serta bukit yg sedikit curam pulak tu hohoho.



Sempat gak berfoto walaupun masing-masing tengah mengah mendaki bukit. Sebenarnya kat Japanese Village ni kita boleh sewa Kimono utk berfoto tapi weolls tak try sbb mls nak tunggu lama-lama. Hanya dapat berfoto kat dalam rumah Jepun jek. 


Tempat Kedua, kami singgah ke Animal farm, kat sini hanya ada rabbit, rusa, pelanduk dan keldai je. Paling seronok tgk Fateh syok main dgn rabbit. Kalau kat rumah tu mmg kucing-kucing la jadi mangsa kena ramas dgn Fateh hikhik.



Tempat terakhir sebelum kami bergerak pulang sudah tentu ke Colmar Tropicale French Theme Resort. Kat sini building nya semua berasaskan French Theme.
Selain berfoto dan bersiar-siar sekitar bangunan ini, ada juga la kami join tgk 6D Motion Adventure. Kalau nak dibandingkan 6D Motion yg kami tgk kat Universal Studio Singapore mmg tak boleh lawan la, yg tu lagi best dn lagi real effect nya.

So, tempat ni sesuai utk bersantai-santai dan rest aje. Kalau malam lagi best kot, sejuk. Time ni kami pergi panas terik, tak sejuk.


Nota Kaki: Selesai sudah year end vacation kami. Many thanks to en. asben yg byk sponsor percutian ini. Next family trip kita pergi oversea pulak yek hihihii.



Sunday, December 13, 2015

Dapur Ashmira : Ice Cream Goreng

Weekend tak tau nak buat apa selain dari mengasuh anak dan tambahan pula suami outstation, lepas setelkan anak dan kemas rumah terus je google resipi ice cream goreng. Memandangkan bahan-bahan nak buat ice cream goreng pun mmg dah ada je kat dapur jadi kita try la buat.

Mula-mula kita keluarkan ice cream dari dalam fridge

Lepas tu ambil sekeping roti putih dan sudah pasti saya memilih brand Gardenia. Skopkan ice cream dan letakkan kat tengah2 roti. Jangan letak padat sangat. 

Lepas tu tindihkan lagi sekeping roti pada permukaan atas ice cream tadi.



Ambil la cawan ke mangkuk kecil ke yang ngam2 nak dilubangkan pada roti. Pastikan anda press sekuat tenaga anda yek.

Lepas da press kuat-kuat tapi masih tak berjaya bulatkan ice cream tersebut, jangan bimbang, anda boleh potong mengikut acuan mangkuk tu dgn menggunakan steak knife.

Tara...da siap empat biji ice cream goreng untuk di bekukan terlebih dahulu. Pastikan tepi2 tu dikelim kemas2 takut terbuka nanti masa menggoreng.


Da siap kita masukkan dalam plastik atau korang nak masuk dalam bekas lain pun boleh, cuma kita guna plastik ni sbb tak nak ice cream ni bertindih dan melekat antara satu sama lain. Lepas tu kita bekukan dulu sebelum digoreng.


Balance roti yang telah ditekap-tekap tu kita tak buang, kita gunting kecil-kecil lepas tu gaul dgn wet food then bagi kucing makan. Anda jgn pelik pula, kita mmg bagi anak-anak bulus kat umah ni makan wet food dgn roti selain nasi tau. Lagipun takdela membazir.

Selepas beberapa jam dibekukan, maka dah boleh la goreng ice cream ni dalam minyak yang betul-betul panas. Macam mana nak tau minyak tu betul-betul panas, anda kena tunggu sampai tahap kuali or fry pan anda berasap yek. Anda perlu goreng beberapa saat je, terpulang la pada anda nak garing yg macam mana yang anda mahukan tapi jgn sampai hangit dan ice cream cair pulak yek.

Sedia untuk dimakan.



Monday, December 7, 2015

Mainan Fateh

Dua minggu sudah pergi mencari mainan untuk Fateh. Maklumlah Fateh dah masuk 4 bulan dan dah mula nak main. Mula2 survey kat Padang Jawa tapi barangan bayi x byk sgt pun, tau pasal barangan bayi kat sini pun melalui Facebook. Alang2 da sampai jauh2 tu beli juga la botol susu 'Tommee Tippee', warmer brand Autumnz dan baju-baju Fateh utk size baby 4-6 bulan.  Lps tu pergi survey kat 'Anakku' Warta Bangi pun sama tak byk pilihan, byk jual baju je, tapi tu la...beli lagi baju Fateh kat sini hehehe, umminya yang melampau2 excited nak beli barang anak.

Lastly pergi kat Manjaku kat area Bangi juga, kat sini mmg banyak sangat pilihan, rambang mata la dibuatnya. Mula-mula cari stokin baru dan kasut Fateh tapi lepas tu terjebak utk beli baju Fateh lagi hikhik.

Misi terakhir kami naik ke tingkat atas untuk mencari stroller, walker, buaian letrik(auto) dan mainan Fateh yg lain.

Masalahnya disini, abah dan umminya yg terlebih excited, sampai je rumah terus pasang dan test barang-barang yg dibeli. Seriously, walaupun beli barangan anak je pun boleh bagi kepuasan kat diri tau hee.


Fateh, lepas kita letak je dia kat dalam tu terus dia pandai putar-putarkan stering walker tu. Tak payah ajar, macam tau-tau je nak buat apa dgn stering tu ;)



Ha...budak baru nak belajar main mmg macamni, semua nak test masuk dalam mulut hikhik.



Beli playpen juga. Tapi Fateh macam cepat bosan main benda ni.



Senyuman tu yg mahal, memang susah nak snap gambo Fateh senyum tau.





Foot Note: Apa sahaja untuk anak. Alahai anak...

Tuesday, November 17, 2015

Majlis Akikah & Cukur Jambul

Alhamdulillah...selesai sudah majlis Akikah dan Cukur Jambul Putera kami pada 15 November 2015(Ahad) yang lalu.


Part 1 - Persiapan sebelum Majlis.

Dua minggu sebelum majlis kita pergi mencari barang2 persiapan seperti goodies bag dan hiasan untuk berendoi. Itupun cari kat Nilai 3 je sbb dah dekat dgn umh. Kita pergi dgn mama kita je masa cuti Deepavali hari selasa yg lalu, anak pula kita tinggalkan dgn suami kat umah.


Mula2 cari paper bag dekat kedai atas ni. Dapat la paper beg yg mengikut tema warna biru dan kuning masing2 kuantiti 50/50. So kira kita buat goodies dlm bag ni 100 je even jemputan kita anggaran dalam 150 org termasuk kanak-kanak. Untuk kanak-kanak kita tak buat goodies cuma letak lolipop je dalam balang. Lepas tu kita beli handkerchief utk gift selain daripada kita letak makanan dalam goodies. Mula2 rancang nak letak 4 item dalam goodies tu makanan saje, sekali ternampak handkerchief cute ni terus grab. Kalau letak semua makanan takde kenangan pula nanti.


                       
Kemudian masuk kedai ni pula, kononnya nak cari pot pouri tp x de jual, hanya jumpa plastik bungkus gula2 je dan terus beli. Tapi kedai ni bagus, sebelum masuk dia jamu air sirap dulu, mmg tekak tgh haus sgt time tu. Pandai tokey dia tarik pelanggan. Kedua-dua kedai ni mmg kita pernah masuk dulu masa cari barang2 kawen. 



Hari rabu malam tu kita buat tampal label kat goodies bag. Print kertas A4 biasa je. Nak tempah sticker/paper bag printed da terlambat. Semuanya buat last minit macamtu la jadinya. 

























    

Hari sabtunya pula misi mengisi goodies bag dengan barang2 seperti dibawah ini;
Plan mula-mula nak beli air mineral je tapi cari kat mydin Semenyih x de air mineral yg bersize mcm cup tu, tgk ada promosi air kotak kat ats ni murah so grab jek. Beli 4 carton air kotak perisa blackcurrent, mango, lychee & teh bunga + 6 kotak air soya dari brand yang sama Delite.   




Makanan seperti biskut koko ni pula mama kita tempah kat jiran sekampung. Mula-mula plan nak letak layer cake or swiss roll aje.


Item yang ketiga kita bungkus gula-gula kenyal ni dalam plastik kecil warna kuning yg kat dlm foto dibawah ni.



























Item terakhir kita letak handkerchief cute miut ni pula. Kita beli 3 jenis. Semua mesti mengikut warna tema biru kuning.



Selepas itu kami prepare 50 bungkus pot pouri utk ahli marhaban. Plan asal nak letak buat bunga rampai daun pandan tu, tapi kita bincang balik dgn mama kita pakai pot pouri aje senang sebab takde sape yg ada masa nak hiris-hiris daun pandan tu halus-halus. 




Part 2 - Hari Majlis Akikah Berlangsung .


Malam sebelum majlis semua goodies kita susun separuh kat atas meja dan selebihnya letak dalam raga.
Pagi-pagi sebelum majlis kita bersiap-siap dahulu, baby pula kita bg abah dia siapkan. Takde pula gambar kami lepas dah bersiap-siap tu huhuuu. 



Foto-foto sekitar majlis berlangsung. Buai berendoi tu kita bikin sendiri. Plan asal nak sewa je tapi dah last minit mana ada org nak amik lagi huhuhuuu. Kambing golek dua ekor digolekkan, anak lelaki kena kekah 2 ekor. Memang ngam-ngam untuk jemputan 150 orang. 



Khemah pula kita sewa 2 khemah je. Cukup utk 80 orang duduk dalam satu-satu masa.



Menu-menu lain selain kambing golek opkos la ada kan, takkan tetamu nak makan kambing aje. Menu-menu lain seperti nasi daging, kurma daging, ayam goreng berempah, sayur campur, buah oren, dan minuman seperti air teh 'o' panas dgn air oren. Semua menu ini termasuk kambing golek kita ambil dari katering 'Ras Sufi'. Memang terbaik. Sesiapa yang nak buat majlis akikah dan lain-lain majlis boleh hubungi nombor seperti yang tertera di bawah ini. Harga berpatutan.


Menu-menu tambahan lain mama kita masak sambal tumis ikan bilis dgn petai, laksa, dan agar-agar. Kuih muih pula kami tempah kat jiran-jiran kampung je, ada karipap, kuih talam 3 jenis - talam keladi, seri muka dgn talam gula merah. Lain-lain kuih-muih seperti kuih tepung pelita, agar-agar batik dan cheesecake di sponsor oleh saudara-mara dan kawan-kawan yang hadir. 


Fateh kena gunting rambut dgn mak usu dia.



Giliran opah pula gunting rambut Fateh.

























Mama berfoto dgn geng-geng marhabannya. Geng-geng marhaban yang kita ambil ni didatangkan khas dari Cheras. Actually kawan-kawan mama masa join group marhaban kat Cheras dulu before moving duduk kat Semenyih.


Masa ni jemputan marhaban je yg datang dulu. Marhaban start pukul 10.30 pagi sampai pukul 12pm. Memang tak nak clash dgn jemputan yang lain.







Jemputan nampak macam tak ramai sebab mmg kami asingkan jemputan marhaban datang dulu kemudian baru jemputan dari saudara-mara dan sahabat handai.

Ooh ya, gambar kami tiga anak beranak je yg takde sbb terlalu sibuk melayan tetamu.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...