Thursday, December 31, 2015

Resipi Kari Ayam ala Indian Style

Semalam try masak kari ayam ala mamak/Indian style. Actually, da lama nak belajar masak kari yang macamni means tanpa santan. Memandangkan suami memang suka makan kari style macamni, so why not me tak cuba kan.


Bahan-bahan untuk masak kari;
1. Bawang besar
2. Cili merah
3. Cili api/Cili padi
4. Rempah kari ayam
5. Daun kari
6. Tomato
7. 4 sekawan-bunga lawang/cengkih/buah pelaga/kulit kayu manis
8. Halia dengan bawang putih ditumbuk but me takde batu tumbuk makanya kita blender aje.
Lain-lain bahan kalau nak tambah seperti kentang pun boleh but me and asben tak makan sgt kentang so tak letak.


1. Tumis 4 sekawan tu sampai naik bau.
2. Kemudian masukkan bawang yang telah dihiris beserta dgn daun kari.
3. Diikuti dgn cili merah dan cili api. Kacau sampai sedikit garing.
4. Masukkan ayam dan halia yang telah ditumbuk or blend bersama dgn bawang putih tadi. Kacau rata.


5. Masukkan sedikit serbuk kunyit dan gaul ayam setengah masak. 
6. Masukkan rempah kari ayam serta masukkan sedikit saje air masak utk bagi rempah kari tu masak dan pecah minyak dulu.


7. Setelah rempah kari tadi dah pecah minyak barulah masukkan air secukupnya ikut kesesuaian/citarasa  anda nak kuah kari tu pekat or berkuah. Jangan lupa letak garam yek.
8. Akhir sekali boleh masukkan kentang (bg yg suka) dan tomato. Dikacau rata sehingga masak.
SIAP.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...