Tuesday, September 15, 2015

BALI Day 3 - Tanah Lot (Bedugul)

Hari ke-3 di Bali ni agak banyak juga tempat-tempat perlancongan yg kami lawati. Sebelum ke Tanah Lot kami singgah dulu ke 'Coffee Factory'.

Apa yg menarik disini, kami dapat melihat proses pembuatan kopi dijalankan. Biji-biji kopi yang telah kering akan dimasak atau disangai bersama beberapa rempah ratus sebelum dikisar. Antara bahan-bahan rempah ratus yang digunakan adalah kulit kayu manis, cili kering, buah pelaga, lada hitam dan lain-lain lagi.

Yang lebih menarik lagi, kami dapat mengetahui proses pembuatan kopi luwak a.k.a kopi musang. Sebelum ni prnh dgr pasal kopi ni tapi igt saje je letak nama kopi musang tapi rupa-rupanya mmg kopi ni dihasilkan setelah musang tu makan biji kopi tu kemudian dinyahkan biji kopi tersebut melalui sistem pembuangan air besar, ha...paham-paham aje la yek. Kopi luwak ini dikatakan kopi temahal didunia tau.
Foto belah kanan atas tu adalah pokok kopi, buah kopinya warna hijau. Foto belah kiri pula si musang tgh tidur, waktu siang dia tidur bila malam berjaga makan biji kopi. Nampak comel je mcm kucing, rasa nak bela je sekor hihiii. Foto belah kanan bawah pula si nenek tgh menyangai kopi dan hasil biji kopi yg telah dinyahkan oleh musang pula yg belah kiri foto diatas nih, macam rupa biji tempe pun ada.


Inilah bahan-bahan untuk memasak kopi


Selain kopi musang ada juga kopi lain yg dihasilkan disini, antaranya Mocha coffee, Ginseng coffee, Bali coffee dan Coconut coffee. Yang paling kita suka coconut coffee.


Selain coffee, teh juga ada diproses disini, antaranya adalah teh manggis, teh serai, teh halia, teh pandan, teh safron dan teh beras merah. Paling kita suka teh manggis.  


Yang ni kopi luwak a.k.a kopi musang. Rasanya lain sangat dari kopi biasa, rasa kopinya kurang sikit. Mebi kaffein kat biji kopi tu telah diserap kedalam badan musang kot.


Masa untuk mencuba semua jenis kopi dan teh.



Setelah kenyang mencuba pelbagai jenis minuman kopi dan teh kami meneruskan lawatan kami ke Ulun Danu Temple. Kedudukan temple ni betul-betul sebelah tasik (Tasik Beratan) dan tempat ni agak berangin juga.
Area pintu masuk Ulun Danu Temple


Pemandangan kat sini cantik, rasa nyaman dan sejuk je.


Sempat juga berfoto dengan kelawar. Mula-mula tak berani nak pegang kepak kelawar ni. Dah le matanya merah menyala, tapi comel, sempat juga usap-usap kepala dia.



Kemudian kami dibawa makan tengahari pula ke satu tempat ni tapi tak tau apa nama tempat tu.
Ni la tempatnya. Pemandangannya cantik, sejuk dan nyaman, rasa tenang dan damai je. Menu makan tengaharinya agak sama dgn tempat makan di Kintamani.


Setelah selesai makan tengahari, kami dibawa ke 'Monkey Forest Alas Kedaton'. Disini kami dapat bermesra-mesraan dgn monyet, hahaha mesra la sgt. Monyet kat sini sedikit jinak, tapi still kena berhati-hati sbb ada monyet yg nakal suka curi spek mata org tau.

Suka tgk keletah monyet-monyet disini. Ada yg tgh menyusu, makan dan yg tgh cari kutu tu nmpk comel je.


Monyet yg kat sebelah kanan kami ni nmpk mcm veteren skit. Monyet jantan rasanya, dia pun sibuk nak bergambo juga.


Tempat terakhir sebelum kami dibawa makan malam - Tanah Lot. Kalau di Ulun Danu temple nya berdekatan dgn tasik. Disini temple nya berdekatan dgn pantai. 

Di pintu masuk ke Tanah Lot.


Tempat ni mmg cantik sangat. Rugi kalau kesini tak berfoto puas-puas.




Kalau air laut tgh pasang temple kt belakang kami ni akan kelihatan lebih cantik, seakan-akan terapung ditengah-tengah laut gitu.


Tempat terakhir sebelum pulang ke hotel. Makan malam di restoran Budesa. Restoran ni agak samar-samar sikit suasananya ha...sesuai la nak romantik-romantik gitu. Ala-ala candle light dinner la kami malam tu.

Appetizer-sup taugeh dgn telur hancur, makan malam kami-nasi putih/keropok udang/sate ikan/kuih telur/ayam goreng berempah ala Bali style/telur dadar dan sayur campur. Dessert-pisang goreng tanpa tepung disira dengan susu cair dan coklat. 




Nota Kaki: Last entri pasal Bali akan kita update pasal tarian Kechak Dance di Uluwatu dan Aktiviti sukan air di Tanjong Benoa Beach.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...