Friday, September 18, 2015

BALI Day 4 - Watersport(Nusa Dua) & Uluwatu

Hari ke - 4 di Bali, sebelum ke Uluwatu kami dibawa ke Tanjong Benoa Beach untuk aktiviti pantai. Kat sini pelbagai aktiviti sukan air ada, kami hanya perlu pilih pakej mana yg kami mahu. Memandangkan sebelah petang kami akan dibawa melawat ke Uluwatu jadi kami perlu membuat pilihan yg tepat supaya masa kami tak terlebih sampai kami tak dapat melawat ke tempat lain pula. Kalau ikutkan hati semua aktiviti nak cuba.

Setiba je kami di situ, kami dipelawa masuk oleh salah seorang staff pusat rekreasi tersebut. Sambil-sambil tgk pamplet yg diberikan, kami juga telah dihidangkan dgn segelas air teh 'o' panas. Setelah puas meneliti pakej2 yg ada maka kami telah memilih aktiviti 'Sea Walker' dan 'Turtle Farm'. Untuk aktiviti Sea Walker ni, apa yg kami tahu tak semua tempat ada tau, hanya beberapa buah negara je yg ada. So mmg tak nak lepaskan peluang la merasai dan menikmati sendiri berjalan dalam dasar laut sambil tgk 'live' ikan-ikan dalam laut yg bewarna-warni tu.

Sebelum masuk ke dasar laut, kami telah diberikan sepasang suit yg sesuai utuk masuk ke dalam air laut. Maaf la yek kita tak tau pulak nm saintifik suit ni apa, biasa tgk org pi scuba pun pakai suit ni jg. Untuk aktiviti Sea Walker ni, kami telah mengambil pakej siap dgn berfoto dan video dalam air tau. Lepas tu diorang akan copy semua foto dan video yg diambil tu ke dalam CD untuk dijadikan kenangan.


Sebelum masuk ke dasar laut, jantung ni rasa berdebar-debar je, bukan apa masa ni kita tgh hamil, jadi ada sikit perasan takut kot-kot tekanan air laut ni boleh effect kat kandungan kita. 


Bila dah sampai kat dasar laut tu perasaan takut tu jadi hilang pula bila dapat tgk pemandangan yg cantik kat bawah tu. Selama ni igt dgn ber'scuba' je baru dapat tgk pemandangan yg indah sebegini. So, dgn adanya aktiviti sebegini ia sebenarnya dapat memberi peluang kepada pengunjung yg tak reti berenang macam kami ni untuk melihat keindahan hidupan dasar laut seperti ini.


Kalau nak tgk ikan-ikan yg cantik warna-warni ni dari dekat kena la bg makan roti.


Hampir 30 minit juga kami dalam dasar laut tu. Lepas naik ke atas bot, kepala pun da pening-pening akibat tekanan dalam laut tu maka diorang pun bg kami makan roti sandwich dgn air mineral. Ha...mcm tau2 je diorang ni kami lapar.  Memang terbaik la service hospitality kat sini.

Kemudian kami dibawa pula ke Pulau Penyu. Nak ke pulau Penyu ni lebih kurang 10 minit juga nak sampai sana. 

Kalau kat sini korang tak yah risau, semua binatang yg ada kat sini boleh dipegang. Agak geli juga nak pegang mula-mula tu.


Selain penyu ada binatang-binatang lain kat sini seperti kelawar, biawak, ular, burung dan lain-lain lagi.


Selesai je aktiviti sukan air di pantai, kami dibawa makan tengahari di Taman Kebudayaan Garuda Wisnu Kencana yg terletak di Badung.

Selepas makan tengahari kami dibawa bersiar-siar sebentar disekitar taman ini. Kebetulan pula ada persembahan Barongan yg sedang ditayangkan masa tu dapat la tgk dari awal.


Apa yang menariknya tempat ini terdapat bongkahan batu-batu besar yg terpisah antara satu sama lain dan kejadian semulajadi ini menjadikan ianya suatu pemandangan yg indah dan unik.


Terdapat byk monumen disini, salah satunya seperti gambar diatas ini. 


Kemudian kami meneruskan lawatan kami yg terakhir ke Uluwatu. Kat sini panoramanya mmg cantik sangat.
Pintu masuk Uluwatu


Keindahan tebing-tebing semulajadi yg mengagumkan.


Pemandangan tebing kat sini paling cantik. Tak ramai pengunjung naik kesini lagi-lagi kalau tak biasa, macam kami ni mula-mula tak berani juga nak naik kesini, mana taknya nak naik kesini kena redah hutan, semak, belukar bagai dan kena panjat bukit pulak tu. Ramai pengunjung yg patah balik tapi kami teruskan juga sbb tour guide kami beriya-iya ajak naik kesini. Katanya rugi kalau tak bergambar kat sini. Ha...seriously mmg rugi sbb cantik giler tempat ni. Selalu tgk kat google images je. Sekarang dpt tgk depan mata sendiri.


Photo shoot wedding mmg cantik kat sini. Nak guling-guling mcm hindustan pun boleh tau hikhik. 


Bila dah petang sikit pukul 6 macamtu kami di bawa menonton Persembahan Kechak Dance. Ramai juga pelancong-pelancong yg tak nak ketinggalan menonton persembahan ini, kira penuh la seat.


Persembahan Kechak Dance ini berkisar mengenai kisah Rama dan Sita. Kalau uols pernah tgk filem Tamil or kartun Rama dan Sita ni jalan ceritanya sama aje. Yang specialnya persembahan ini muzik yg digunakan oleh mereka hanyalah menggunakan mulut aje. Muzik yg dihasilkan berbunyi seperti ini 'chak...chak...kechak'. Ha...dari situ la asalnya nama persembahan ini.


Yang menjadi tarikan sebenarnya penari dan penyanyi latar yg ramai-ramai ni je.


Part yg paling best part yg ada api tu. Selesai je persembahan, kami bergambar dulu dgn pelakon-pelakon hebat tersebut.


Dinner kami yg terakhir di Bali, kami di bawa makan malam kat Jimbaran Bay, makan sambil menikmati pemandangan pantai.
Appetizer-sup jagung. Sayur kangkung tumis. Lauk seafood-kepah bakar/sate ikan/ikan bakar. Minuman-air kelapa dgn gula merah.




Sambil menikmati mkn mlm di tepi pantai kami dihiburkan dgn band jalanan. 


Last day pula, sebelum bergerak ke air port pagi tu kami bersiar-siar kejap disekitar pantai Kuta dan tak ketinggalan menikmati massage kaki. 




Nota Kaki: Fuh...selesai juga entri pi Bali ni. Lepas ni kita akn update entri mengenai tips penjagaan kucing pula yek. Sebelum ni kita pernah share resipi makanan bulus. Boleh tgk entri sebelum-sebelum ini.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...