Wednesday, October 7, 2015

Cat Lovers - Tips Vaksin Kucing.


Vaksinasi kucing merupakan perkara yang wajib bagi pencinta haiwan yg comel ini. Tujuannya  untuk membuatkan antibodi kucing anda lebih kebal terhadap suatu penyakit. 


Umur berapakah yang sesuai untuk Vaksin Kucing ?

Ketika umur si comel anda berusia 8 minggu ke atas atau 2 bulan.


Apakah syarat-syarat lain untuk Vaksin Kucing ?

- Sebaik-baiknya berat kucing anda haruslah mencapai 1kg ke atas dan tidak kurang.
- Kucing anda haruslah dalam keadaan yang sihat, sakit sikit tidak dibenarkan vaksin ye.
- Selepas si bulus anda telah divaksin, anda tidak dibenarkan memandikan kucing selama lebih kurang 1   minggu.
- Jangan bawa kucing anda keluar bersiar-siar atau travel dalam tempoh seminggu kerana dikhuatiri    kucing anda akan mengalami tekanan/stress. Hal ini kerana kucing anda masih mengalami trauma    suntikan vaksin terutama suntikan kali pertama.
- Kucing biasanya akan demam setelah disuntik, jika ianya berlarutan selama 2 ke 3 hari segeralah bawa   si bulus anda ke vet.
- Paling utama, sila pantau makan minum si bulus anda. Kebiasaannya selepas divaksin kucing anda    akan mengalami kurang selera makan. Jika perkara itu berlaku, anda perlu suapkan sendiri makanan  dgn menggunakan fringe(utk wet food shj).


Boleh ke Kucing yg Sedang Hamil @ Menyusu di Vaksin ?

Kucing yg hamil atau menyusu tidak dibenarkan sama sekali untuk vaksinasi. Harus tunggu sehingga kucing anda melahirkan anak-anaknya terlebih dahulu.




**Note: Jika didapati kucing anda mati setelah divaksin itu bermakna anda telah melanggar salah satu syarat seperti diatas.







































Anak-anak Bulus saya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...