Tuesday, December 27, 2016

D.I.Y Instant Shawl Budak

Salam sejahtera semua...entri kali ini Asha nak ajar cara-cara nak buat tudung budak. Kalau ikutkan ini kira first time juga try buat tudung Instant budak ni. Kebetulan customer request buat custom made shawl dia so minta buatkan tudung anak dia sekali jika ada lebih.

Sebelum nak buat tu sudah semestinya kena tau ukuran kain tudung yg nak dijahit tu banyak mana nak potong kan. Oleh kerana tak pernah buat makanya Asha google la measurement utk tudung budak tapi tu la hanya sorang je sudi yg share ukuran tudung budak kat internet.


















Ni saiz yg kita ikut kat google tu. Katanya size ni sesuai utk budak 2-4 tahun. Lebar 50" bersamaan 1 suku meter. Panjang atau labuh shawl 16". Lepas da siap potong tu memang dah teragak macam kecik je, walaupun saiz nya memang dah sesuai dgn ukuran budak bawah 4 tahun yg kita nak buatkan ni. Bila dah siap jahit Instant kita try sarung kat adik sepupu kita yg berumur 6 tahun, badan dia kecik je macam budak 4 tahun. Bila sarung memang singkat, Kita rasa macam measurement ni sesuai utk budak 2-3 tahun je sbb try sarung kat Fateh ngam2 jek.





























Penyudahnya Asha sambung lagi shawl budak ni lagi 5" so saiz Labuh shawl ni dah jadi 21" daripada 16" tadi. Lebar shawl masih maintain 50" tapi sepatutnya kena lebar lagi kena tambah 5" juga kira jadi 1 setengah meter tapi tak boleh nak sambung sebab nanti nampak pelik pula. Bila dah sambung shawl ni mesti korang nampak ada kesan kain disambung kan? So kena la sorok. Macamana nak sorok? Scroll bawah
....
...
..





























Asha beli la dokoh iron strip ni then iron la kat sepanjang bekas sambungan jahitan kain tu. Ikutkan nak jahit lace tapi dah jumpa yg ni lg senang iron je.





























Dah siap jahit seam keliling shawl tu kita terbalikkan shawl tu amik side dalam untuk jahit muka pula. First kita amik ukuran 13" spt gambarajah lps tu tanda dgn jarum peniti supaya masa menjahit nanti ukuran asal tu tak lari.





























Second, kita tandakan dgn kapur merah 9" untuk size muka. Means dari inci yg ke-9 tu kita akan jahit sampai inci yg ke-13 yg kita tanda dgn jarum peniti mula-mula td.

Third step - kita jahit la dari bawah inci ke-13 tadi sampai inci ke-9 yg bertanda merah tu. Nak start jahit dari bertanda merah tu pun boleh, lagi senang.





























Step 4 -Dah siap jahit muka jgn lupa terbalikkan shawl semula. Part seterusnya ini kita nak jahit full instant yek. Dari bawah, part inci yg ke-13 tadi kita ambil lebihan shawl kita tindihkan dgn jarak 2 inci. Jgn lupa pin siap-siap dgn peniti.





























Lepastu side yg lagi satu kita tindihkan sama juga macam yg sebelum ni. Tapi part lebihan shawl yg last ni kita tak jahit sampai habis tau nanti kang tak nampak macam shawl pula. Kita jahit separuh dari lebihan shawl tadi. So nampak tak kita tanda dgn jarum peniti tu separuh je dari lebihan shawl tu. So nanti kita akan start jahit full instant dari jarum peniti yg atas ni sampai habis. Macam yg Asha jelaskan awal tadi yg labuh shawl sepatutnya kena tambah 3-5 inci lagi baru cantik  flowy sbb dah sambung kain part yg lebar tadi so tak cantik nak sambung part yg labuh shawl ni. Jadi kena pandai adjust kat size muka la ceritanya kasi balance.





























Tara...dah siap. Cuba perhatikan betul-betul part lebihan shawl tadi tak sama kan dgn gambar yg atas tadi sbb Asha dah adjust part muka tu dari 13" jadi 11 1/2 inci je so nampak la labuh sikit baru la flowy.





























Comel tak adik ni pakai. Next time kita tunjukkan D.I.Y yg elok skit yg xde sambung kain yek memandangkan measurement yg betul pun dah ada. Yg ni kira testing je dulu. Lepas ni kalau ada yg nak tempah tudung budak boleh la tempah dgn Asha. Oh ya, lagi satu nak bgtau kain pun memainkan peranan juga tau. Macam kain yg atas ni jenis crepe, ringan sgt so kurang cantik lau buat shawl. Kain yg cantik material heavy chiffon atau plain fukuhara baru nampak kemas dan flowy.

Nak menjahit ni bukan setakat kena ada skill menjahit aje, kena pandai ambil tahu jenis-jenis dan ira kain juga tau. Pernah sekali tu beli kain lycra nak buat tudung syria, masa beli rasa kain tu mcm lycra sbb jenis yg memeri kainnya. Rupa-rupanya bkn kain lycra sbb ira kainnya memeri secara melebar je bukan ke bawah. Bila buat tudung ukuran muka sama je dgn yg lain. Bila da siap sarung rasa sendat pula. Takpela...belajar dari pglmn gitu, lama-lama nanti expert la.

Jom tgk koleksi Asha Raimi Collection


Thursday, December 22, 2016

Aquaria KLCC

Dua minggu sudah family in law datang KL nak jalan-jalan KL katanya. FIL datang KL dan stay kat Homestay area Kajang. Nak stay umh sewa kami kecik dan kurang selesa, nak stay umah baru  kami tak pindah lagi.

FIL stay sini 3 hari je, tak cukup nak pusing-pusing KL sgt, kena tunggu umah kami fully furnished dulu ler baru syok stay lama.

Hari ahad asalnya kami planned pergi dua tempat sebenarnya, Aquaria dan Farm In The City tapi cancelled pi Farm In The City sbb FIL nak gi tgk umah baru kami.

Second time masuk Aquaria ni dah tapi first time untuk Fateh and FIL. Time ni Fateh dah start meragam sbb time tido dia sepatutnya time ni. Ni pun tak semua family yg join, hanya mak, abah, acu Fateh, Mak Ngah & Pak Ngah Fateh je. 


Mula-mula je Fateh leka tgk ikan lepas tu mengamuk sakan dia x dpt tido.

Baru masuk je dah nak menyusu. Igt bwk stroller tu mau la dia tido dlm tu. 





sempat amik gambar ikan-ikan yg ini je, ikan yg besar-besar lalu atas kepala tu tak dapat nak amik sbb Fateh da melalak-lalak time tu. Nasib baik la dah pernah masuk so tak la ralat sgt, kalau tidak maunya kena repeat lagi.

Keluar je dari Aquaria terus nak pergi ke parking kereta, tak boleh nak pusing-pusing sgt dah dalam tu sbb Fateh dan mengamuk jerit-jerit dah. First time dia mcm tu, mana taknya, selalu bwk jalan-jalan memang ikut time dia. Kali ni jalan-jalan dia kena bangun awal pagi mau tak meragam. 

On the way nak pergi makan tu Fateh terus tido dalam kereta. Oleh kerana plan nak tgk rumah kami makanya asben ajak makan area Bandar Baru Bangi, kira dekat sikit nak ke Sepang. Sebelum makan tu kami singgah solat dulu.

Makan tengahari kami kat restoran Asam Pedas. Tak igt nama kedai, gambar makanan pun lupa nak snap. Tp sedap la juga dari Asam Pedas Claypot kat Melaka tu. Dah lapar kan semua sedap.





























Ni la rumah baru kami dah siap sepenuhnya, air da masuk cuma elektrik je belum. Masuk-masuk tgk bersih je dalam rumah macam dah dicuci.

Nampak tak kekalutan hakak kat situ hihii. Tak sabar nak duduk rumah baru.


Friday, December 16, 2016

Surprise Birthday for Him

Alhamdulillah...berjaya jua buat surprise birthday utk asben walaupun lewat sehari. Sepatutnya surprise semalam 15.12.16(khamis) tapi Asha terpaksa postponed hari jumaat sbb asben tiada di office 4 hari sbb ada training kat tempat lain. Itu pun nasib baik kita tanya asben dulu ada kat office ke tak 2 hari sebelum tu sbb tau sgt asben mmg seorang yg sgt sibuk dan jarang ada kat office, kalau tak attend meeting kena outstation diluar kawasan. Nak tak nak terpaksa la Asha bagi alasan ada courier nak hantar brg ke office sbb tak tau alamat umah. Last time mmg ada courier hantar brg kita ke opis asben sbb tak pasti umah kami kat mana, maklumlah dok kg, nombor alamat satu je tp share 6 buah lot umh ha...tu yg pening courier nak cari tu. Kalau posmen xpe diorg da expert nama kita sbb selalu beli brg hehehe. Tambahan pula asben puasa sunat pd hari tersebut krg terliur pulak tgk cekelat dgn kek tu kan.

Planning nak buat surprise coklat bouquet ni lama dah...dari pertengahan tahun hari tu, nampak ada org buat surprise mcmni rasa mcm dpt idea utk surprise asben pula. Lain dari lain sikit ler dari biasakan.

Senyum sampai ketelinga, seronok la tu x pernah dapat bunga siap ada coklat. Ikut design asal kaler lain wrap tu. Akak request tukar kaler Gold & Black baru la nampak masculin gitu. Design belon tu boleh pilih nak kaler and shape apa sebenarnya, tapi Asha malas nak pening-pening yg ni pun dah lawa dah. Coklat pun mmg coklat pebret asben Kit Kat & Ferrero tu. Yang kek Secret Recipe tu tambahan Asha minta deme belikan 1 slice Indulgence cake, pebret asben juga tu. Harganya pula kalau pilih design or jenis fresh flower dan coklat seperti di atas Rm90 + kek RM10 + Delivery RM35 total=RM135

Design Asal yg atas ni.

Ikut hati kita nak bg semua coklat je macam atas ni takde bunga, mau kencing manis asben kita nanti hihihii.

Malam sebelum nak surprise tu memang xde celeb apa-apa pun even tiup lilin ke masak-masak special pun xde sbb da plan nak buat surprise yg ni kan. Tapi kita ada la bg hadiah.

Sempat la juga beli buku ni, memang kita minat sgt ceramah Ebit Lew ni yg selalu org share kat FB mengenai kerukunan rumah tangga tu. Bila umur semakin meningkat ni hadiah seperti ini kita rasakan sgt bermakna dan berguna. Tambah ilmu rumah tangga gitu supaya bertambah mesra ye dop.  Sempat juga belek-belek isi dalamnya mmg best dan bermanfaat sgt tips yg diberikan. 

Akhir kata, Selamat Hari Lahir suamiku yg ke-31. 
Daripada isterimu 'Suri Hati Mr Game Developer'


Thursday, December 8, 2016

D.I.Y Shawl Tali Double Loop

Salam Sejahtera readers...entri kali ini mengenai entri jahitan yek. 
So far dah dekat 7 bulan Asha berkecimpung dalam dunia menjahit ni tau. Sebanyak 5 koleksi dah keluar tau. Kalau ikutkan target every month mesti keluar koleksi baru tapi lately ni banyak dapat tempahan custom made hijab pulak Alhamdulillah...setel je customer terakhir punya tempahan bulan ni memang Asha terus start keluar koleksi baru. Design ada 2, 3 gak pola dalam tgn, ada yg beli, ada yg buat sendiri. Masih lagi mencari idea dan ilham utk material dan aksesori apa nak di ketengahkan koleksi akan datang nanti. Oh ye, kalau uolls nak tahu pola jahitan tu apa nnt next entri Asha cerita dan tunjukkan rupa pola tu yek.

Ni la rupa Instant Shawl Tali Double Loop tu.

Now Asha nak tunjukkan step by step D.I.Y shawl tali ni.

First-Asha gunakan shawl double loop yg sedia ada, kiranya Asha alter shawl ni jadikan shawl tali double loop. Ukuran shawl ni 2meter x 75cm. Asha potong sikit dari 2 meter jadi 180cm dan dari 75cm jadi 70cm je.

Step 2 - Lebihan shawl yg dipotong tu Asha ambil hujungnya yg dah siap berjahit baby seam tu dijadikan tali shawl. So tak payah la buat or jahit tali yg lain. 

Step 3 - bila dah potong jadi la seperti gambar di atas. Kita buatkan 2 tali.

Step 4 - Kita tandakan dgn kapur lukis pada kanan dan kiri shawl. Sepatutnya kena ukur berapa size muka tapi sebab tiada pola sbnr makanya Asha main acu je kat kepala dan agak2 je.

Nampak tak kiri dan kanan yang telah ditandakan dgn kapur merah tu.

Step 5 - kita jahitkan tali tadi pada bahagian yg telah ditandakan dgn kapur merah tadi. Lepas tu jahit la tepi tu sampai habis.

Ni la rupanya tali yang dah siap dijahitkan tu.

Step 6 - Kena buat tanda dulu kat mne nak jahit effect loose style tu. Macam biasa Asha sarungkan shawl separa siap tu pada muka dan agak2 nak banyak mana dan sampai mana effect loose style tu. Lepas tu tanda dgn pin dan kapur merah. Kemudian kita jahitkan lebih kurang 1 inci je seperti gambar diatas.

Gambar no. 1 - bahagian dalam loose style.
Gambar no. 2 - bahagiam luar loose style. 

Last step - Bila dah siap jahit semua step2 di atas td kita hiaskan shawl ni dgn iron patch. Berseri la sikit ye dop. Kebetulan ada lebih jadi Asha gunakan apa yg ada shj. 

Oh ye, cara nak pakai x sempat buat tutorialnya. Next time Asha tunjuk yek. If uolls nak tgk koleksi2 tudung Asha boleh ke FB page: Asha Raimi Collection , IG: ashmirascarf 




Nota Kaki: Next time Asha tujukkan D.I.Y tudung express syria or awning ye.




Tuesday, December 6, 2016

Cinta Sayang Resort Sg Petani Kedah

Assalamualaikum readers...
Musim cuti sekolah ni memang banyak undangan majlis perkahwinan. 
Last week haritu pi majlis kahwin sepupu asben kat Sg. Petani Kedah. Bertolak ke sana hari jumaat pagi tapi sampainya malam sbb on the way tu banyak menyinggah aje paham-paham jela ada anak kecik ni mmg kena byk singgah R&R. Lagi pula asben solat jumaat dulu tu jadi mcm panjang je perjalanan kami. Ditambah pula dgn cuaca hujan lebat sepanjang petang sampai ke malam dan lagi ada eksiden sepanjang highway tu ada la 4 kali eksiden berlaku. 

Di Sg. Petani ni kami stay hotel Cinta Sayang Resort. Saudara-mara yg lain ada yg stay rumah pak sedara asben kat Bertam dan selebihnya stay homestay dlm Cinta Sayang Resort juga. Actually rumah family pengantin dalam Cinta Sayang Resort juga, memang developer property buat rumah lot banglo sekali dgn resort hotel, tu yg kami book hotel dlm ni aje dekat.

Ini la bilik kami, not bad. Memang berbaloi la dgn harganya.

Memang luas, muat la pasang buai Fateh.

Bilik air pun luas dan selesa. 

Cafe & Restaurant pun cantik hiasan dalamannya. Siap ada buai lagi tu. Sambil makan sambil berbuai-buai. (foto sumber dari google)

Suasana dalam lobby hotel. (foto sumber dari google)






















Lain-lain fasiliti yang ada-Swimming pool, Gymnasium, KTV Room, Squash Court, Archery, Tennis Court, Spa/Massage/Golf dan lain-lain. Tak sempat pun gunakan fasiliti-fasiliti yg ada, sempat bawak Fateh mandi swimming pool je. (foto sumber dari google)


Seronok sgt budak tecik ni sampai biru-biru dah badan sbb terlalu lama main air.


Esoknya majlis sebelah pengantin perempuan dahulu, so Asha pakai set blouse dan seluar Palazo beli kat IG: @by_nshcollection dan shawl pula opkos la dari koleksi sendiri ashmirascarf tapi dah alter sbnrnya nnt ada masa Asha story D.I.Y shawl tali double loop ni yek. Kali ini lari sikit dari berbaju kurung, jubah or kebaya, zaman sekarang ni tak kisah dah asalkan pakaian tu menutup aurat dan sesuai dgn majlis.

Majlis sebelah perempuan tema biru pink.

Lusanya majlis sebelah pengantin lelaki(sepupu asben). Temanya kaler hijau gold memang kena sgt tema outfit Asha kali ini.



















Baju kebaya yg Asha pakai ni baju raya yg lepas je, beli asing-asing kain songket tu jauh beli kat Bangkok Thailand, corak motif pun gambar Gajah kot, mmg sengaja beli yg ada motif gajah baru nmpak beza dgn songket Malaysia. Blouse kebaya beli kat butik area Pasaraya CS, Semenyih dan Instant shawl pula sudah pasti koleksi sendiri.

































Last night our dinner tiada lagi disponsor so kena keluar cari makan hehehe. Keluar sikit je dari resort ada restoran Mr. Lebai atau Restaurant Asyikin. Macam-macam ada kat sini, menu goreng-goreng kampung ada, western ada, satay pun ada. Rasanya pun not bad, satay sedap, Chicken Grilled pun sedap cuma pelik sikit sbb letak hirisan buah oren, sepatutnya letak lemon hihii.


Last day breakfast kat sini. Menunya hampir setiap hari sama je, nasi goreng hari-hari ada selama 3 hari stay kat sini. Lain-lain tu ganti-ganti menu, hari ni bihun, esk kueh teow lusa mee goreng. Tapi sdp la juga berbanding makan kat Hotel Mahkota Melaka haritu.





Thursday, November 24, 2016

Minyak Herba Asma Mujarab - Penawar Asma (Ori)


Rata-rata semua orang tahu akan produk Minyak Herba Asma Mujarab ini. Tapi, sejauh manakah anda tahu kelebihan MHAM ni. Meh sini kita nak terangkan serba sedikit mengenai kebaikan dan kelebihan produk ini.

Minyak Herba Asma Mujarab merupakan salah satu rawatan alternatif untuk pesakit Asma(lelah), semput, batuk, kahak dan selsema. Sudah pasti ianya sangat sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi yg baru lahir sehinggalah org tua, utk anak-anak kecil yang kerap terkena virus selsema memag harus ada MHAM ini kerana, anak-anak kecil usia bawah 2 tahun kebiasaannya jika terkena jangkitan selsema tiada ubat yg diberikan oleh doktor cuma dibekalkan nose drop sahaja.

Selain itu, MHAM ini juga boleh digunakan untuk masalah Gigitan Serangga, Luka, Tergeliat, Terkena Api, Bengkak, Lenguh, Sakit Gigi, Kembung/Sakit perut dan lain-lain. Maknanya, setiap keluarga harus ada sekurang-kurangnya sebotol Minyak Herba Asma Mujarab ini.

Ramuan yang terdapat pada MHAM: Minyak (habbatussausa, zaitun, kelapa dara, gamat), herba dan akar kayu terpilih.
         

TESTIMONI






















Di atas adalah antara beberapa testimoni pengguna Minyak Herba Asma Mujarab.



PASTIKAN ANDA MEMBELI MINYAK HERBA ASMA MUJARAB YANG ASLI

Perlu diingatkan, anda mesti mendapatkan produk MHAM yang asli bukan fake. Bagaimana untuk anda kenal produk MHAN yg original dengan yang fake. Anda perlu lihat ciri-ciri seperti berikut;

1. Warna label lebih gelap.
2. Menthol pada minyaknya terasa
3. Minyaknya lebih pekat dan tidak berbau asap.
4. Penutup botol bewarna merah dan seal penutup bewarna hijau.
5. MHAM - minyaknya dimasak hingga sebati dgn bahan lain dan bahan lain itu tidak mudah mendap kebawah spt yg terdapat pd produk tiruan. 

Mari kita lihat ciri-ciri yg disebutkan di atas tadi;






Cara Untuk Pastikan MHAM Yang Asli

























Video penerangan produk MHAM

Harga MHAM sebotol : RM39.00 tidak termasuk kos penghantaran. Pastikan anda beli pada agen-agen atau stokis sah yg berdaftar sahaja. Atau boleh hubungi;

HQ En. Hafis 013 480 6787(Bahagian Pemasaran) & Puan Nurul : 017 6239935 (Produk Owner)

Anda juga boleh lawati laman web Minyak Herba Asma Mujarab
&
untuk pembelian atas talian serta untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut.

Jadi anda harus 'PASTIKAN ORI BARU BELI'


#minyakherbaasmaoriginal #herbaasma #Herbaasmamujarab #minyakasma #minyakasmaoriginal #penawarasmamujarab

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...