Thursday, January 28, 2016

Fateh First Solid Food - Bubur Susu

Hari ni Fateh da genap 6 bulan, pagi tadi bawa check up sekali dgn cucuk. Nurse pesan da boleh bg makan bubur dah...tapi bagi bubur nasi campur susu dulu. Balik je dari check up tu alang2 nak masak nasi tu kita buat sekali bubur nasi Fateh.

1-Mula-mula ambil dua(2) sudu kecil beras diletakkan di dlm mangkuk kaca kecil.
2-Lalu dibasuh dan isi air ikut paras mangkuk.
3-Letakkan kat tengah2 rice cooker(alang2 nk tanak nasi tu kita buat sekali bubur Fateh, jimat masa dan gas. Tahu cara msk bubur skali dgn nasi ni pun dr facebook)
4-Bila da masak macamtu la rupanya.

1-Keluarkan bubur nasi dr tgh2 rice cooker lepastu dimasukkan kedalam pengisar.
2-Dikisar halus.
3-Kita masukkan dlm bekas food warmer(ms beli warmer dpt sekali bekas hijau tu). Boleh simpan dlm fridge dlu.
4-Keluarkn dari fridge lalu dipanaskn terus menggunakan milk warmer.

Lepastu boleh la masukkan bubur yg dah dipanaskan tadi ke dalam mangkuk. Letakkan sesudu susu tepung bayi anda. Dikacau rata lepastu dah boleh bagi baby anda mamam.

Foot Note-tgh mengumpul resipi bubur dan puree baby.


Friday, January 22, 2016

Ayam Masak Bali

Assalamualaikum readers...kali ini nak share resipi Ayam Masak Bali yg tgh viral tu. Resipinya sangat mudah, malahan bahan-bahan yg digunakan pun tak banyak.

Resipi ini utk 2 org makan.

Bahan-bahan gorengan;

-1/2 ekor ayam
- serbuk kunyit
- garam

Mula-mula lumurkan ayam anda dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Lepas tu digoreng, jangan terlalu garing.


Setelah siap digoreng, ketepikan dulu.


Penyediaan Sambal Bali;

- 3 biji bawang merah(besar)
- 6 ulas bawang putih
- segenggam cili kering(dimasak terlebih dahulu)
- 1 inci halia
- sedikit belacan
(kisar semua bahan-bahan di atas)

Lebih kurang banyak ni cili yang telah dikisar


Bahan-bahan untuk menumis;
- 4 batang serai(dititik)
- 1 tangkai daun kari
- sedikit garam
- 2 susu besar kicap(note:jika anda guna kicap masin perasakan garam sedikit shj).Dalam resipi masakan ni kita gunakan kicap manis.
- sedikit gula(jika perlu)




Tumis serai sehingga sedikit garing atau bertukar kekuning-kuningan.


Lepastu masukkan daun kari, tumis sehingga garing.



Masukkan bahan yang telah dikisar tadi tumis sehingga naik bau. Masukkan kicap, gula atau garam secukup rasa.


SIAP.





Nota Kaki: sedap dimakan dengan pucuk ubi rebus erm nyum...nyum...

Thursday, January 21, 2016

Homemade Soya Tau Fu Fah

Assalamualaikum readers...hari ni kita nak share satu resipe simple yang diambil dari 'Masak Apa Hari Ini' /MAHN di facebook - Soya Tau Fu Fah.


Bahan-bahannya;

- Air Soya 2 kotak yang besar/sekotak tu bersamaan 1 liter.
- Agar-agar tali/jelly strips yg 20gm
- Air kosong 2 cawan utk larutkan agar-agar
- Daun pandan utk bagi wangi

Kuah Gula merah;

- seketul gula melaka/secawan gula merah(ikut banyak mana nak)
- Gula pasir(jika perlu)
- Air masak 2 cawan /ikut suka
- Daun pandan



Cara-caranya;

1- Masukkan air 2 cawan dalam periuk dan buka api.


2- Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk untuk dilarutkan. Jangan lupa daun pandan kalau suka. Kita lupa nak letak daun pandan masa ni.

Ni kira dah larut sikit

3- Dah larut agar-agar tadi masukkan air soya 2 kotak ke dalam periuk dan tunggu sampai mendidih.

4- Tapis air soya tadi ke dalam bekas, biarkan sejuk diluar dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.



Penyediaan gula merah;

Masukkan gula melaka atau gula merah ke dalam periuk. Masak atas api sehingga menggelegak. Nak kasi wangi lagi jangan lupa letak daun pandan. Boleh juga tambah gula pasir jika suka manis-manis.

Dah siap masak jangan lupa tapis masuk ke dalam bekas. Seperti tau fu fah tadi, air gula merah ini juga harus disejukkan di luar dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Setelah 2 jam disejukkan didalam peti ais
.
.
.
..
.
.
..
.
.
.



Ready to enjoy your Tau Fu Fah.

Walaupun rasanya tak la 100% sama dgn Tu Fu Fah yang asal tapi yg ini pun da cukup sedap dan mudah penyediaannya.



Wednesday, January 20, 2016

Cat Lovers: Good Meowning Cafe

Petang semalam takde aktiviti apa-apa nak buat kat rumah so ajak mama pergi cafe kucing. Sebenarnya da lama nak pergi sini, nak kata lama sangat pun tak juga, lagipun cafe ni baru je buka pada 4 Januari 2016 yg lalu tapi masa tu opkos la ramai orang terjah kan so plan pergi lepas seminggu dua dari date opening GM ni ler. Biar reda sikit baru seronok nak gomol-gomol kucing kan. Pergi pula hari biasa ok sikit tak ramai orang.

Sampai je pose dulu kat tepi cafe ni. Hurm...Fateh mmg tak pandai posing.

Badang - mula-mula masuk cat area ni dia melepek je macamni, tido kat tengah-tengah jalan, betul-betul depan pintu masuk. Dia yang paling besar kat sini tau.


Jaguh - sangat lincah dan bijak, pandai dia pilih mainan dia sendiri. Entah bila la dapat bela kucing baka macamni yek.


Satu-satunya stray cat kat sini, mesra dengan orang tp suka sgt menyakat Badang. Kes jeles la ni...Badangkan gagah, ensem pulak tu hehehe.


Bunga Cengkih -Very playful. Mula-mula kita agak umurnya 7 bln ke atas, biasanya umur mcm ni mmg lincah nak main je. Tapi bila baca info pasal  Bunga ni kat facebook GM, anggaran umurnya 4 thn dah, sbb giginya banyak dah x de. Memang kuat main dia nih.


Benda menarik kat sini selain kucing-kucing yang super comel - meja makan kat tepi tu asalnya mesin jahit lama brand Singer telah diolah menjadi meja. Kreatif owner cafe ni, sambil makan boleh pijak pemijak kaki tu sambil gerakkannya ala-ala mcm nak menjahit. Mak den lak berkenankan lantai purple ni, katanya cantik berkilat, hahaha pulok.


Yang muka garang ni namanya Labu kalau tak silap, kojo eh nak tido je, bila kita usap-usap badannya marah, lagi dia marah lagi suka kita sakat hikhik.


Macm biasa la, Fateh tak pandai pandang camera huhuuu...


Selfie dulu la dgn Jaguh.  


Badang suka main handbeg kami, barangkali ada bau kucing-kucing kami kot.


Mula-mula si Badang ni masukkan kepala dia dalam beg kita hihihiii cr apa pun x tau la. Perangai sebiji macam momo kucing kami.


Yg gelap tu namanya Arang.

Tempat ambil order. Order hanya diambil kat kaunter sahaja, lepas tu bayar. Yang baju pink tu la owner GM ni.


Buat masa ni, ini sahaja menu yang ada kat cafe ni, tapi ada la satu dua menu baru yg x masuk dlm list ni lagi, antaranya Laksa. Harga makanan bagi kami berpatutan, tak mahal sangat. Hope next time GM ada buat menu snack yg simple seperti waffle, sweet corn dan ice blended, mesti lagi ramai yang datang.



Kami order Spagheti Ariffia, yang ni memang sedap, org yg tak makan spageti macam aku ni pun boleh jadi suka makan. Rasanya macam makan mee hailam versi kuah putih gitu. Kebab ayamnya pula bagi kita kureng la maybe kita tak suka sayur carrot dgn kacang merah tu kot.


Air minuman pula kami order Kopi dan White Coffee, airnya memang kami puji la sedap, cukup rasa, tak terlebih manis, tak terlebih kopi dan creamer means ngam2 la rasanya. Sedap. 
So far, foods kat sini semuanya owner GM yg masak, sbb kami sempat juga berbual-bual dgn owner GM ni, dia sendiri yg bagitau dia masak semuanya pagi-pagi.



Waktu operasi;
Hampir setiap hari kecuali hari Isnin & Jumaat tutup.
10.30am-10.30pm

Tempat;
Bandar Tun Hussein Onn, Cheras(Belakang McD).

Harga tiket enter cat area;
RM5.00per person.(30minit)


Bagi mereka yang gemar dan sukakan haiwan yang comel ini boleh la luangkan masa anda di sini. 




Foot note: ada angan-angan nak buat rumah kucing macamni suatu hari nanti.




Wednesday, January 13, 2016

Resipi Puff Sardin

Semalam minum petang try buat Puff Sardin, resipi macam biasa kita amik kat MAHN. Tgk step nak buatnya senang aje malah bahan-bahan yg digunakan pun x byk sgt so try ler.







































Bahan-bahannya;

1. Paratha (plain). Terpulang if uolls nak pakai paratha yg ada bawang or whole meal. Kita prefer yg plain.
2. Cheese. Kita guna brand Parmesan yg serbuk tu, kalau resipi asal dia guna cheese yg seketul tu lalu diparut. 
3. Cili boh. Kita pakai cili kering yg di blender sendiri, if uolls nak pakai yg da siap jual kat kedai pun boleh tapi rasa mungkin lari sikit la.
4. Satu tin sardin. (Any brand) dibuang sosnya.
5. Sebiji telur diambil kuningnya sahaja utk disapu pada pastri.
6. 2 biji bawang merah sederhana size. Dipotong dadu.



Mula-mula uolls kena lenyek-lenyek sardin yg telah dibuang sosnya sampai jadi macam dalam foto ini.


1-Mula-mula tumis bawang merah yang telah dipotong dadu, jangan terlalu garing yek. 
2- Kemudian masukkan cili boh a.k.a cili kering yang telah di blender, uolls agak-agak la banyak mana nak masukkan cili boh. 
3- Lepas cili anda da sedikit masak baru masukkan sardin yg telah di lenyek-lenyek tu. Perasakan dengan garam, jgn letak banyak-banyak sbb nanti nak tabur serbuk cheese tu dah masin. Melainkan uolls mmg tak nak letak cheese.
4- Akhir sekali di gaul serata sehingga masak.


Now, anda dah boleh prepare pastri segera korang tu. Amik sekeping pastri paratha lalu di potong empat. Letakkan isi sardin kat tengah2 pastri tu lepastu taburkan cheese diatasnya. Boleh la dikelim tepi-tepi pastri tu guna hujung garfu. Kita buat campur-campur, mula-mula kelim pakai garfu tapi x lekat pulak. Lastly kita kelim macam karipap tu. Dah siap kelim jangan lupa sapu kuning telur pada  kulit atas pastri tu sebelum dibakar.

Bakar pada suhu 180darjah celcius selama 10 ke 15 minit. Depends pada uols punya oven k.

If uols nak tukar inti sardin tu macam inti karipap yg ada kentang tu pun boleh, terpulang pada creativity memasak uols tu.

Dah siap boleh la makan bersama keluarga.


Nota Kaki: Tips tak nak bagi puff sardin korang melekat masa bakar boleh sapu sedikit planta/marjerin pada dulang ok.



Thursday, January 7, 2016

Set Berpantang - D' Herbs Terlajak LaRiS

Dua bulan sebelum nak bersalin tu baru sibuk nak cari set berpantang, tu pun minta pendapat mama nak pakai set berpantang yang mana bagus. Masa awal-awal kehamilan lagi da google2 cari set berpantang yang mana sesuai means tak mahal sgt, berbaloi dan tak banyak sangat nak pakai nanti. 

Akhirnya, setelah ditimbang tara rasanya produk ni yang sesuai, rasa yakin nak pakai. Mama sendiri pun suggest pakai yang ini.


Ini la set lengkap 'Mak Bidan' produk dari D'Herbs tu. Jom tgk apa yg ada kat dalam set ini serta khasiatnya.

-KANDUNGAN-

PATI HERBA MAK BIDAN
KRIM PANAS MAK BIDAN
KAPSUL JAMU MAK BIDAN
MINYAK TELON BAYI
TUNGKU HERBA MAK BIDAN
PERAWAN HERBAL WASH 
TUNGKU HERBA
BEDAK SEJUK
Percuma MANDIAN HERBA MAK BIDAN


-KRIM PANAS MAK BIDAN-

Mengeluarkan angin dalam badan, membakar lemak, melangsingkan badan dan mengurangkan selulit
Di sapu di seluruh badan terutama di bahagian perut sebelum memakai bengkung. Memang panas pun krim ni lagi2 kalau berjemur kat tgh panas lagi berlawan rs panasnya, boleh jd merah kulit. Tapi kita suka cepat sikit terbakar lemak2 kat bdn ni.

-KHASIAT KAPSUL JAMU MAK BIDAN-

Merapatkan otot vagina, mengecutkan rahim, melangsingkan badan dan menambah tenaga serta menyihatkan badan. Kapsul jamu mak bidan ni memang bagus sangat lagi2 untuk proses memulihkan dalaman kita.


(No Foto)

-BENGKUNG MAK BIDAN-

Bengkung ni diperbuat dari kain belacu asli yang bermutu tinggi dan selesa digunakan katanya la. So far kita kurang selesa sikit pakai bengkung macam ni lama-lama. Lagi satu diameter bengkung ni tak cukup panjang malah tak dapat nak cover sampai peha sangat. So tak grip. Pakai seminggu dua je tu pun skip2.






Lastly end up pakai balik korset Premium Beautiful fevret ku. Lebih selesa dan berkesan, cepat sikit langsing macam dulu-dulu hehehe. Sebelum pakai PB ni haruslah sapu minyak krim panas mak bidan dulu, tak perlu sapu banyak-banyak, sapu sikit je pun da rasa panas. Kesannya mmg cepat.

-Khasiat Mandian Mak Bidan-

Membuang angin dan toksin dalam badan.
Mewangikan dan menyegarkan badan di samping mengembalikan tenaga.
Memecahkan lemak.
Mengatasi masalah keputihan.
Menegangkan otot-otot dalaman vagina (bertangas)
Mencegah bakteria dan kulat.
Menghindari sakit-sakit sendi

-Cara2 Menggunakan-

Rendam satu uncang herba ke dalam air panas mengikut sukatan dalam baldi. Kita buat setengah baldi je.
Biarkan selama 10-15 minit.
Tambahkan air hingga menjadi suam mengikut keselesaan kulit.

Dalam kotak tu hanya ada 10 sachet je. So kita mandi herba ni 2 hari sekali sampai habis.



-Pati Herba Mak Bidan-

Selain kena makan jamu kapsul mak bidan, yang ni pun kena makan juga. Tapi lepas seminggu bersalin baru boleh start makan. Rasanya manis-manis madu, nasib baik tak pahit.
Ada 14 Ramuan Herba dalam ni;

*Mas cotek, Dong Loui, Manjakani, Kacip Fatimah, Pueraria Mirifica,  Kurma, Acaiberry, Kunyit, Delima dan Akar Serapat, Pegaga, Roselle ,Habatussauda, Honey goat Seed, Halia, Ketumbar, Lada hitam, Lada putih. Jintan putih, Bunga Cengkih  dan Saffron.

*Khasiatnya untuk mengembalikan keremajaan tubuh badan dan merapatkan kembali vagina, menguatkan akar rambut, memperbanyakkan susu, dan menguatkan /mengetatkan Rahim. Maklum aje la lepas bersalin hormon tak stabil so rambut mmg byk yang gugur.





-Perawan Herbal Wash-

Ia bertindak untuk membersih, mengelakkan jangkitan bakteria yang menyebabkan bau yang kurang menyenangkan serta mengatasi masalah di bahagian feminin wanita. Yang ni sampai sekarang ada lagi, pakai sikit je da cukup.

-KHASIAT PERAWAN HERBAL WASH-
Kacip Fatimah mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual.
Daun Sireh berkhasiat menghilangkan bau badan yang ditimbulkan bakteria.
Manjakani mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin.





-Bedak Sejuk-

Mengandungi ekstrak bunga Cempaka kalau x silap dan ianya dalam bentuk cecair tau, senang tak payah bancuh dah. Ianya sesuai dipakai selepas mandi rs sejuk dan segar je badan.




-Tungku-

-FUNGSI TUNGKU BEHERBA MAK BIDAN-

*Untuk melancarkan perjalanan darah , melembutkan urat betis yang tegang akibat terlalu banyak duduk, berlari atau berjalan.
*Menghilangkan kesakitan bengkak urat yang dialami.
*Untuk membuang darah kotor dan membuang angin dalam badan.
*Untuk memecahkan angin yang berada di dalam badan dan perut, disamping dapat memecahkan lemak, serta dapat mengatasi masalah perut buncit.
*Menghindarkan daripada gastrik.
*Melancarkan pernafasan dan menyenangkan membuang asir besar dan kecil.
*Ibu yang sedang berpantang amat sesuai menggunakan Tungku Herba Mak Bidan ini.

-KANDUNGAN TUNGKU HERBA MAK BIDAN-

Daun serai wangi
Daun mengkudu
Daun asam jawa
Daun dan buah limau purut
Chempor
Buah kedeka
Cabai tali
Cabai pintal
Halia
Daun salam
Lengkuas
Halba dan 50 jenis rempah ratus ramuan tradisional melayu yang terpilih..

-CARA PENGUNAAN-

Kukus tunku selama 15-20 minit sebelum digunakan.
So far tunku ni mcm kurang berkesan sikit pada kita sbb tak panas sgt even kadang-kadang tu da kukus lebih dari 20 minit kot.



-Minyak Bayi Mak Bidan-

Digunakan untuk membantu ketidakselesaan pada bayi disamping dapat menghangatkan bayi.
Sampai skrg kita pakai lagi minyak telon ni pada anak, abis je beli lagi.




-Pilis-

Pilis ni kita beli dari brand Air Mancur. Sebenarnya kita ikut je mama punya saranan pakai pilis brand ni. Tapi tu la tak serasi, patutnya pakai pilis ni untuk buang sakit pening yg bersarang kat kepala tu tp jd lagi migrain pulak. Pakai pun skip2.


-Jus Perawan-

Selepas habis pantang kita try consume ni pulak. So far bagus, mengurangkan rasa penat dan lesu selepas seharian penat bekerja .

KHASIATNYA;
Merawat masalah keputihan & haid yang tidak teratur.
Menaikkan tulang punggung & payudara wanita agar lebih montok & anjal.
Menyuburkan rahim & peranakkan wanita ( baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat).
Menegang & mencerahkan kulit.
Melambatkan proses monopous.
Memberikan tenaga dalaman wanita.
Meningkatkan sistem imunisasi.
Mengurangkan senggugut.
Menambahkan keinginan seksual wanita & mengeratkan hubungan suami isteri
Sesuai untuk gadis & wanita yang sudah berumahtangga.


Hasilnya tara....dapat slim mcm dulu2 balik :)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...