Thursday, February 4, 2016

Surat Beranak Hilang buat Baru

Empat minggu lepas kita nak submit borang kerja ke MPKJ dan faham-faham jela kalau nak apply kerja kerajaan ni salah satu syaratnya mesti nak kena lampirkan salinan surat beranak. Punya la gigih siapkan semua salinan sijil-sijil yang diperlukan untuk dihantar ke Penghulu Kampung terlebih dahulu untuk endorsement sijil-sijil tu. Sebelum hantar ke Penghulu Kampung kita semak semula checklist yg diberi, alih-alih surat beranak lupa nak fotokopi. Hurm...dateline da dekat pula ms tu.

Kebetulan suami nak keluar beli barang makanya kita minta tolong asben buatkan salinan surat beranak kat kedai fotokopi. Selain dari itu, ada la dokumen2 lain yg kita mntk fotokopi sekali.

Setelah beberapa jam menanti, asben pun hulur la dokumen2 yg kita minta tu, alih-alih surat beranak kita hilang, malah yg fotokopi punya pun x de. Adeh...rs nak nangis time tu, tido malam pun x lena mengenangkan macamana nak submit form keje lau surat beranak even yg salinan pun xde.

Dah tak boleh nak lelap tu kita google la internet cari info macamana nak buat surat beranak baru. Alhamdulillah...jumpa la satu, dua blog yg pernah alami benda ni. Lega sangat. Malam tu juga sms mama kita bgtau nak buat surat beranak baru esok paginya dan minta mama tolong jagakan Fateh kejap.

Esok paginya tu jumpa mama kejap hantar Fateh. Tup...tup...mama bg surat beranak kita yang fotokopi. Alhamdulillah...tak jadi nak buat surat beranak yg baru pada hari tersebut. Terus ajak abah tolong hantar tunjukkan rumah Penghulu Kampung untuk cop dan sign sijil-sijil yang dah di 'compile'. Esoknya pula terus hantar ke MPKJ.

Lusanya pula baru kita pergi buat surat beranak yang baru kat Jabatan Pendaftaran Negara, Perhentian Kajang. Kebetulan nak ambil myKid Fateh tu kira sekali la buat.

Langkah-langkah nak buat surat beranak yg baru akibat hilang/rosak;

1-Mula-mula kena pergi kaunter ambil no giliran dulu yek. Kat kaunter tu nanti kena bagi IC dan    bgtau urusan apa kita nak buat kat sini. Jangan lupa kena bawa salinan IC.

2-Lepas dah ambil no giliran, staff yg bertugas kat kaunter tu akan bg satu borang untuk diisi seperti gambar dibawah;

Muka depan

Muka belakang


3-Bila nombor giliran dah naik, serahkan borang yg sudah diisi tu kepada pegawai yg bertugas. 

4-Lepas tu dia akan bagi satu slip untuk datang ambil surat beranak yang dah siap tu nnt. Tempoh yg diberikan adalah selama 2 minggu dari tarikh permohonan. Gambar seperti dibawah;


5-Sepatutnya selepas 2 minggu dah boleh ambil surat beranak tu tapi kita ambil selepas 4 minggu dari tarikh permohonan. Pergi kat kaunter ambil nombor giliran tu dan serahkan slip kat atas ni bersama IC anda.

6-Tunggu nombor giliran dipanggil. 

7-Kena buat pembayaran dahulu sebanyak RM5.00 sahaja. Contoh resit pembayaran seperti dibawah;


8-Lepastu, anda akan diminta untuk duduk dahulu sebab pegawai yg berurusan dgn anda tu akan pergi mencari  surat beranak anda yg dah siap tu.

9-Anda akan diminta untuk tandatangan dalam buku rekod sebagai bukti yg anda sudah mengambil sijil beranak anda. 

Tara...ini la sijil beranak kita yg baru, dah sm dgn anak punya pulak. Kalau anda perasan kat colum umur bapa tu x de sbb ikut surat beranak style dolu2 punya mmg takde. Yg lain semua sama, mmg diorang dah ada rekod dah semua tu. Tapi part yg Pemaklum tu je aku conpius sikit, ikut surat beranak lama mmg takde colum tu tp yg ni tertera nama pakcik kita pulak. Balik2 je terus tanya mama. Tgk surat beranak anak nama Pemaklum adalah suami sbb dia yg apply tp yg ni conpius kejap. Hurm...kita andaikan ianya sebagai rekod waris terdekat kot.



Foot Note: Kot-kot ada surat beranak yg dah nak mereput tu boleh la buat yg baru yek ;)

  


26 comments:

Sophee Richer said...

bagus info ni... surat beranak baru...lawa...hehehe...

Ashmira said...

Hehee tu la. Lawa sikit dr yg lm.

yoorin melacolea said...

hahaha..besar pulak tu.. mak aku punya dulu pon hilang..so masa nak daftar masuk msu dulu buat surat beranak baru jugak..kecik sikit la dari ni..budak sekrg punya yg besar,.mujur ada mykid..senang nak bawak kesana sini

Ashmira said...

Tula. Besar. Takut tertukqr dg ank je huhuu. Kalo x de keperluan x de aku buat. Takut kedepan nk guna time ank sekolah ke apa ke kan.

Zamzuri Aminuddin said...

Assalam ashmira . Nak tanye skit ... klu surat branak hilang kne denda brpe ek ? Sy bru 1st time hilang jd tkut klu kne denda byk sgt .. lg 1 soalan ... surat beranak hilang x pyh report polis kan ? Ok thnx membantu ...

Zamzuri Aminuddin said...

Assalam ashmira . Nak tanye skit ... klu surat branak hilang kne denda brpe ek ? Sy bru 1st time hilang jd tkut klu kne denda byk sgt .. lg 1 soalan ... surat beranak hilang x pyh report polis kan ? Ok thnx membantu ...

Ashmira said...

Wassalam...tak perlu buat report polis, terus pergi JPN je buat br. Byr denda pun x perlu. Hanya byr RM5.00 je bila collect nnt.

surren leo said...

Bukan on the spot dapat?

surren leo said...

Bukan on the spot dapat?

Unknown said...

Salam , kalau surat beranak anak hilang mcmna ? Kena denda berapa ? Sebab sy nk mohon rumah ppr so kena ad lengkapkan semua .

Ashmira said...

Salam. Tak perlu buat report, bawa my kid je dn terus apply surat beranak br. Kalau bernasib baik hri tu jg siap. Boleh minta proses awl jika ada hal penting.

Ashmira said...

Tgk pd keadaan br mrk proses awl.

Anonymous said...

As salam kak. Thank you for the post. sangat membantu! Saya nak tanya satu lagi, IC tu bawak saya punya je ke (saya yg kehilangan surat beranak) ke sekali copy IC mak ayah?

Thanks kak! :)

Ashmira said...

Bwk IC yg ori dn fotokopi sekali tp yg u punya je tau dear. Parents punya x perlu.

Anonymous said...

salam.tq for the info. nak tanya kalau surat beranak hilang perlu buat report polis tak?

amal amel said...

info yg berguna. sijil kelahiran sy cari x jumpa2. tq

amal amel said...

info yg berguna. sijil kelahiran sy cari x jumpa2. tq

amal amel said...

info yg berguna. sijil kelahiran sy cari x jumpa2. tq

Anonymous said...

tq sis, macmana ek kalau ni dah kali ke-2 hilang. adoii aii maknanya yg copy pun dah pernah amek dulu.

kame said...

hanya perlu bawa i/c asal & salinan i/c je ke? hari tu banjir so semua dh hilang xtau reput kemana. detail surat beranak mmg xtau la yg asal hilang xsempat buat copy

Anonymous said...

Assalammualaikum,
selain bawa ic original dan fotocopy, document lain yang diperlukan apa lg?kena datang dengan parent skali if kita yg dah berkahwin?tq

Asha Raimi said...

Tak perlu bawa Parents, pergi seorang diri pun boleh. Hanya bawa IC shj kerana semua data maklumat keluarga mmg dah ada dlm sistem JPN. Tinggal print out Sijil baru shj malah lebih detail dr yg lama.

Asha Raimi said...

Dun worry. Semua data masih dlm simpanan JPN. Hanya perlu bawa IC ori dn photocopy.

Fasihah94 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Fasihah94 said...

Surat beranak saya hilang.. Kalau wakilkan suami yang buatkan boleh tak?

Arang Sigau said...

surat beranak yg original saya pun sudah hilang.Kalau budak remaja berumur 15 tahun,boleh buat yg baru punyakah?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...