Thursday, March 3, 2016

Resipi Ketam Bercili


Salam readers...kali ini kita nak share resipi Ketam Bercili. Bahan-bahannya;


Bahan A-Ketam
  • 4 ekor ketam (size sederhana)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit/lebih(terpulang pada anda)
  • Minyak masak (utk menggoreng)
  • 1 helai daun kunyit dicarik

Bahan B-Sambal Cili (Dikisar)
  • 5 biji cili merah(Kuantiti boleh ditambah)
  • 5 biji cili api (kuantiti boleh ditambah jika suka pedas)
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 3 batang serai

Bahan C-Perasa
  • 1 sudu kecil asam jawa(kita pakai asam jawa Xtra yg tiada biji)
  • 1 sudu teh garam(boleh ditamabah jika kurang masin)
  • 1 sudu gula(boleh ditambah jika sambal terlalu pedas)


Cara-cara Memasak;

Basuh ketam bersih-bersih lalu ditoskan.

Perap ketam dgn serbuk kunyit dan garam selama 10 minit atleast.

Panaskan minyak dan goreng ketam - boleh pilih nak goreng garing-garing seperti diatas atau separuh masak.

Sementara menggoreng ketam tu boleh la prepare bahan-bahan sambal utk dikisar.

Keluarkan setengah minyak gorengan ketam bagi menumis sambal. Tumis sambal sehingga pecah minyak.

Masukkan ketam, gaul rata dan bahan C tadi iaitu bahan perasa-garam, gula & asam jawa jgn lupa letak yek. Setelah itu barulah dimasukkan daun kunyit yg telah dicarik-carik sebelum dihidangkan.
Setelah siap dimasak boleh la dimakan bersama nasi panas-panas yek.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...