Monday, August 29, 2016

Ostrich Wonderland, Semenyih

Pergi ke tempat ni rasanya dua minggu yang lepas. Weekend tiada apa2 aktiviti nak buat makanya ajak asben bawa kami pergi kesini. Dari rumah nak ke Ostrich Wonderland around 20 ke 30 minit je. If uolls nak kemari digalakkan guna waze or google maps yek sbb jln nak masuk kesini melalui jln kampung yek.

Tiket masuk: Dewasa RM15.00
Kanak-kanak bwh 12 thn RM10.00
Waktu Operasi: 10am-6pm(Selasa-Ahad)
Isnin closed.

Masuk je sini kami diberi penerangan tentang kehidupan Ostrich terlebih dulu. Dianggarkan, jika beberapa ekor Ostrich betina bertelur lebih kurang 10 biji sehari dan hanya 3 biji sahaja yang akan menetas, selebihnya boleh dijual untuk buat makan.

Lagi satu, telur-telur Ostrich ni tidak dieram secara semulajadi oleh Ostrich betina. Mereka ada mesin eraman untuk eram telur-telur tersebut. Ianya disebabkan oleh cuaca kat Malaysia ni yg panas dan lembab so tidak berapa sesuai.

Gambar diatas ni diantara baby Ostrich yg berjaya menetas dan usianya baru sehari. Jantina pun tidak dapat dikenalpasti lagi sehingga mencapai umur 1 tahun. Wah...lama gila kan. Nak tahu bagaimana nak kenal jantina bila sudah capai usia matangnya? Mudah je, hanya  berbeza warna bulu shj. Kalau jantan warna gelap, kalau betina warna kelabu cerah.

Yang ni test ketahanan kulit telur Ostrich kuat ke idok. Jgn tak percaya sebiji telur ni boleh tampung berat manusia sehingga 200kg tau. Tapi tgk nasib la yek, time uolls pijak tu tiba2 pecah maknanya yg tu uolls pijak telur sambang atau kita panggil telur busuk. Ha.. jgn igt ayam je ada telur busuk. Sebiji telur Ostrich ni bersamaan dgn 30 biji telur ayam tahu.


Uolls kenal tak dgn selebriti ni. Pernah viral 3 bln lalu pasal terlepas lari kat Federal Highway tu.
Alkisahnya, masa on the way tuan si Chickaboo ni nak hantarnya pulang ke tempat asal kembali akibat jiran-jiran buat report kat Majlis Perbandaran ada binatang besar yg mengganggu diorng tu tiba-tiba terlepas keluar. 
Tuan si Chikaboo ni bela dia sejak dari kecil lg dan Chickaboo ni cpt sgt membeso dan tak sesuai nak bela kat umah tuan dia lagi. Tu kena hantar balik kesini.


Makanan ruji Ostrich adalah rumput. Walaupun spesis mcm aym tp x sm la mcm ayam punya makanan kan...
Harga seekor Ostrich hanyalah 1K je hahaha. 
Satu tabiat pelik Ostrich ni adalah suka atau berkenan sgt dgn benda2 yg bersinar spt cincin. So be careful ye... 
Nak tahu usia paling tua seekor Ostrich boleh hidup? 50 tahun hokay. 

Selain Ostrich, ada la juga haiwan-haiwan lain disini. Hampir kesemuanya jinak-jinak tau, macam kuda kat atas ni, suka orang belai-belai dia. Sampai anak pun tak takut nak sentuh, siap tgn masuk kat dalam lubang hidung kuda tu lagi hihihihi.

Ada ayam, kambing...itik, angsa dan keldai. So have fun jugak la. So sesiapa yg teringin nak tgk Ostrich dan makan telur Ostrich boleh la datang ke sini tgk dan beli telur Ostrich sekali ye. Harga telur pula hakak lupa nak tanya la uolls.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...