Wednesday, January 13, 2016

Resipi Puff Sardin

Semalam minum petang try buat Puff Sardin, resipi macam biasa kita amik kat MAHN. Tgk step nak buatnya senang aje malah bahan-bahan yg digunakan pun x byk sgt so try ler.







































Bahan-bahannya;

1. Paratha (plain). Terpulang if uolls nak pakai paratha yg ada bawang or whole meal. Kita prefer yg plain.
2. Cheese. Kita guna brand Parmesan yg serbuk tu, kalau resipi asal dia guna cheese yg seketul tu lalu diparut. 
3. Cili boh. Kita pakai cili kering yg di blender sendiri, if uolls nak pakai yg da siap jual kat kedai pun boleh tapi rasa mungkin lari sikit la.
4. Satu tin sardin. (Any brand) dibuang sosnya.
5. Sebiji telur diambil kuningnya sahaja utk disapu pada pastri.
6. 2 biji bawang merah sederhana size. Dipotong dadu.



Mula-mula uolls kena lenyek-lenyek sardin yg telah dibuang sosnya sampai jadi macam dalam foto ini.


1-Mula-mula tumis bawang merah yang telah dipotong dadu, jangan terlalu garing yek. 
2- Kemudian masukkan cili boh a.k.a cili kering yang telah di blender, uolls agak-agak la banyak mana nak masukkan cili boh. 
3- Lepas cili anda da sedikit masak baru masukkan sardin yg telah di lenyek-lenyek tu. Perasakan dengan garam, jgn letak banyak-banyak sbb nanti nak tabur serbuk cheese tu dah masin. Melainkan uolls mmg tak nak letak cheese.
4- Akhir sekali di gaul serata sehingga masak.


Now, anda dah boleh prepare pastri segera korang tu. Amik sekeping pastri paratha lalu di potong empat. Letakkan isi sardin kat tengah2 pastri tu lepastu taburkan cheese diatasnya. Boleh la dikelim tepi-tepi pastri tu guna hujung garfu. Kita buat campur-campur, mula-mula kelim pakai garfu tapi x lekat pulak. Lastly kita kelim macam karipap tu. Dah siap kelim jangan lupa sapu kuning telur pada  kulit atas pastri tu sebelum dibakar.

Bakar pada suhu 180darjah celcius selama 10 ke 15 minit. Depends pada uols punya oven k.

If uols nak tukar inti sardin tu macam inti karipap yg ada kentang tu pun boleh, terpulang pada creativity memasak uols tu.

Dah siap boleh la makan bersama keluarga.


Nota Kaki: Tips tak nak bagi puff sardin korang melekat masa bakar boleh sapu sedikit planta/marjerin pada dulang ok.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...