Thursday, January 21, 2016

Homemade Soya Tau Fu Fah

Assalamualaikum readers...hari ni kita nak share satu resipe simple yang diambil dari 'Masak Apa Hari Ini' /MAHN di facebook - Soya Tau Fu Fah.


Bahan-bahannya;

- Air Soya 2 kotak yang besar/sekotak tu bersamaan 1 liter.
- Agar-agar tali/jelly strips yg 20gm
- Air kosong 2 cawan utk larutkan agar-agar
- Daun pandan utk bagi wangi

Kuah Gula merah;

- seketul gula melaka/secawan gula merah(ikut banyak mana nak)
- Gula pasir(jika perlu)
- Air masak 2 cawan /ikut suka
- Daun pandan



Cara-caranya;

1- Masukkan air 2 cawan dalam periuk dan buka api.


2- Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk untuk dilarutkan. Jangan lupa daun pandan kalau suka. Kita lupa nak letak daun pandan masa ni.

Ni kira dah larut sikit

3- Dah larut agar-agar tadi masukkan air soya 2 kotak ke dalam periuk dan tunggu sampai mendidih.

4- Tapis air soya tadi ke dalam bekas, biarkan sejuk diluar dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.



Penyediaan gula merah;

Masukkan gula melaka atau gula merah ke dalam periuk. Masak atas api sehingga menggelegak. Nak kasi wangi lagi jangan lupa letak daun pandan. Boleh juga tambah gula pasir jika suka manis-manis.

Dah siap masak jangan lupa tapis masuk ke dalam bekas. Seperti tau fu fah tadi, air gula merah ini juga harus disejukkan di luar dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Setelah 2 jam disejukkan didalam peti ais
.
.
.
..
.
.
..
.
.
.



Ready to enjoy your Tau Fu Fah.

Walaupun rasanya tak la 100% sama dgn Tu Fu Fah yang asal tapi yg ini pun da cukup sedap dan mudah penyediaannya.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...