Monday, February 1, 2016

Homemade Roti Kering Bergula


Pagi tadi perasan roti Gardenia kita dah nak expired, dah tu roti masih byk lagi, ada la setengah plastik size jumbo tu. Jadi, daripada membazir ada baiknya kita buat roti kering bergula. Boleh juga makan petang-petang cicah dengan air tea 'o'.


Mula-mula potong roti putih(any brand, kita prefer roti Gardenia)

Lepastu sapu roti dengan marjerin/planta, nak lagi sedap dan wangi sapu Buttercup tp kita pun pakai apa yg ada je.

Dah sapu marjerin jangan lupa tabur gula putih pula. Nak guna gula perang pun boleh kalau suka.

Dah selesai semua step diatas, boleh la masukkan kedalam oven dan bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 15 minit(depends pd oven masing2).

Ni la rupanya lepas da siap dibakar. Biarkan sejuk kejap lepastu boleh la simpan kedalam bekas bertutup.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...