Sunday, February 7, 2016

Fateh at Farm In The City

Sabtu yg lalu pergi Farm In the City, first time dtg sini sebenarnya. Masa tmpt ni tgh up dulu tak rasa nak pergi sbb ms tu anak pun tak de lagi jadi tiada keinginan nak pergi. Kalo pergi berdua je dgn asben bukan tak boleh tp faham-faham jela pasangan yg lmbt dpt anak macam kami ni kan. Karang tgk org lain dtg dgn anak-anak dah terasa hati sendiri. Tapi ada pasang niat, bila ada anak nnt nak dtg sini, alhamdulillah mmg rezeki nak dtg sini bawak anak tu tercapai jua.

Entrance


Kat sini tak macam zoo, haiwan-haiwannya semua dibiar berkeliaran...tp bukan semuanya berkeliaran di luar kandang yek. 


Suka tgk tortoise ni...rs mcm comel je. 

Fateh mmg selalu tak focus. Suruh tgk haiwan, tp lain yg ditengoknya.




Kat atas bumbung kami ni ada ular sawa tgh berlingkar kekenyangan sebenarnya.

Masuk kandang burung





Kat sini ada pelbagai spesis burung, ada ayam juga. Boleh bg burung makan tapi rata-rata 
pengunjung takut nak bg burung-burung yg besar mcm merak makan sbb mulutnya bsr dn tajam kot. Sekali catuk kat tapak tgn terasa juga sakitnya.


Sampai kat Savanna ni hari hujan pulak. Tak dpt nak bermesra dgn rusa dan kambing gurun sangat-sangat.


Bg arnab makan, yg ni fevret fateh. Binatang berbulu-bulu macam ni mmg dia suka sgt.

Yg ni aktiviti menangguk anak ikan. Tapi kami x buat sbb mcm kesian pulak anak-anak ikan tu dibuat main-main.



Kira binatang yg agak liar yg ada kat sini-Landak. Korang jgn berharap pula nak tgk dan pegang Harimau ke Singa ke Zirafah ke kat sini mmg takde ler. Sini banyak haiwan yg jinak-jinak je supaya kita boleh bermesra dgn haiwan-haiwan ni. Kalo nak binatang yg rare boleh usap-usap macam Singa kena pergi Afrika yek hehehe. 

Burung hantu main kenyit-kenyit mata dgn kami eceh...padahal tgh on the way nak tido.

yg ni erm...tak tau spesis apa tapi Fateh tak takut pun bila binatang ni jelir-jelir lidah dekat-dekat dgn dia. Kita pula yg naik seriau.

Fateh dah dpt sijil melawat Farm In the City yeah...

Guide map

Location map


Tempat ni dibuka setiap hari kecuali hari selasa. Pada sesiapa yg nak pergi tapi tak pasti harga tiketnya berapa dan masa beroperasinya bila boleh la lawati Facebook FITC





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...