Monday, March 21, 2016

Reunion Crazee Team

Sabtu yg lepas (19/3/2016) telah berlangsungnya acara perjumpaan kawan-kawan Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih utk tahun 2002-2003. Kiranya tahun2 sebelum tu kita sekolah lain.

Perancangan telah dibuat dua bulan sebelumnya kalau tak silap kita. Dari perancangan tarikh, masa dan tempat seterusnya kami merancang menu apa yg perlu dibawa oleh setiap ahli. Tak lupa juga seminggu sebelum perjumpaan itu ada dikalangan ahli telah mencadangkan untuk pemakaian tema warna pada hari tersebut.

Ini la menu-menu kami, nampak macam simple dan sikit tapi bila dah letak atas meja, amik itu ini sikit2 jadi kenyang juga dan siap semua ahli boleh tapau bwk balik lagi tu.




Diantara yg membuka selera kami pada perjumpaan tempohari opkos la Spaghetti Carbonara cheff Romi. Harus cuba sedap, itupun sbb ada ahli yg request, lepas la hajat mak buyung tu nak makan ni.

Lain-lain menu yg ditunggu2 oleh kami sudah tentu masakan kampung-daging salai masak lomak cili api dgn pisang pergh...berapi mkn tapi sodap. Resipi asli air tgn org negeri sembilan ni tau. Tuan eh salai sendiri tau daging tu.

Ni buktinya, tuan eh siap send gmbo daging tgh disalai kt wassap group malam sehari sblm perjumpaan kami tu.


Acara seterusnya selepas kami makan-makan, acara tukar-tukar hadiah dikalangan ahli. Yang ni kami plan seminggu sblm perjumpaan, sempat juga la pi cari hadiah.








Berfoto sebagai kenang-kenangan sebelum pulang. Masing-masing dah beranak-pinak. Yang paling kiri tu anak dia yg paling besar diantara kami, dah nak jadi anak dara dah tu.


Last foto kami Welfie.


Ni la hadiah kita dapat.

Thanks sahabat


 Actually ni kira reunion kami buat kali kedua. First reunion dulu tak ramai macamni even yg kali ini punya perjumpaan pun still ada 4 org ahli lagi yg tidak dapat hadir. Insyallah next time hope semua dapat hadir.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...