Thursday, April 14, 2016

Bangkok, Thailand - Day 3 & Last day

Hari ke-3, dah tak memerap dalam bilik lagi, pagi2 bangun siap-siap around kul 9am dah keluar semata-mata nak iron baju kat kedai dobi luar sbbnya hotel yg kami stay ni tiada perkhidmatan iron baju malahan peralatan iron pun tak hado even kita request.

Sebelum pergi iron baju tu kami singgah beli sarapan dulu di 7Eleven.
Ini ajela yg dapat kami beli utk sarapan. Nasib baik halal.


Selepas itu kami terus menuju ke kedai dobi 'Wendy House' yg berhampiran dgn hotel kami tetapi malangnya pekerja kedai dobi tersebut beritahu kami bahawa perkhidmatan iron baju hanya start pada pukul 4 petang sahaja. Hurm...kedai dobi apa macamni. Nasib baik la kita ada standby bawa shawl dan baju lain yg tak mudah renyuk dan tak perlu digosok.

Balik hotel, sarapan dulu lepastu kami bersiap-siap untuk ke Madame Tussauds. Asben pula, sementara tunggu kita bersiap dia google map lokasi tempat yg kami nak tuju tu. Bernasib baik sbb tempat tu dekat je dgn tempat penginapan kami. So, tak perlu naik public transport hanya perlu berjalan kaki sahaja 10 minit.


Kami beli tiket dulu di sebuah mall tapi tak ingat nama mall tersebut. Harga tiket seorang 1380baht/RM150.00. Ada offer tiket pakej sekali tgk ikan ala2 Aquaria KLCC tu ha. Kami tak mau la, kami dtg sini nak tgk apa yg tiada kat Malaysia je.



































Ini la diantara patung-patung lilin yang ada disini, dari ahli politik, ahli muzik, ahli sains, sukan dan hiburan. Kebanyakannya yg dah terkenal aje la ada kat sini. Ada banyak lagi foto-foto yang diambil sebenarnya, ini cuma sebahagian aje. Nak tau artis apa lagi yg ada kat sini kena la datang.

Lepas dah puas berfoto kami singgah makan tengahari di MBK Mall dulu sebelum meneruskan aktiviti kami yg seterusnya.






















Kali ini kami makan tengahari di Food Court 'MBK Food Island'. Ada juga la satu dua stall yg jual makanan halal.






















Kami makan Chicken with safron rice ala-ala nasi ayam. Tapi rasanya biasa-biasa je tak mengancam mcm nasi ayam kat sini. Cilinya banyak sangat letak cuka so rasanya masam sgt. Harga sepinggan 50baht/RM5.50

Air minuman kami jus tembikai dgn mineral water. Harga utk jus tembikai 45baht/RM4.50 dan mineral water 10baht/RM1.00


Selesai makan kami plan nak ke muzium ular pula, so asben dok google map nak ke tempat tu sambil fikir nak naik transport apa kesana. Kalau nak jimat mmg kami pilih nak naik tren aje tapi nak ke muzium tu tren x sampai sana pulak so kami pilih naik 'tuk tuk'. 


Tapi malangnya plan asal kami nak ke muzium ular telah bertukar pergi ke Canal Tour pula, ini semua gara-gara brother 'tuk tuk' ni la sibuk nak bawa kami kesini suruh rasa pengalaman naik boat merentasi sungai Chao Phraya kalau tak silap kita la sambil tgk rumah terapung dan pasar terapung. Ingatkan tak lama la kot join tour ni tapi rupa-rupanya rs macam buang masa dan duit je sobsob. Pasar terapung pun tak banyak sbb da nak petang, nak meriah gi pagi-pagi patutnya huhuuu. Harga 'tuk tuk' 100baht/RM11.00 pergi balik.

muka buat-buat happy je ni, padahal rasa ralat sgt kena byr tour ni semahal ini utk 1 jam setengah yg membosankan. Nak tau berapa harganya utk 2 org je dalam bot ni, 2500baht/RM276.00 pergh...tak tau la kenapa kami tak tawar-menawar pulak time nak bayar tu adoi macam kena pukau pulak huhuhuu. Kalau ikut pakej bot yg lain-lain boleh naik ramai-ramai dan paling mahal pun kalau 2 org naik br RM 100 la anggaran harga yg lojik sbb agak lama juga dalam bot tu kan sejam setengah pergi balik. Dah brother 'tuk tuk' tu bwk ke bot utk org yg hanimun ha gitu la jadinya. So, moral of the story next time dtg sini mmg kena buat style backpakers sgt, nak kemana-mana terjah sendiri sewa basikal ke, jalan kaki ke or naik tren. Lebih selamat duit poket.

Tempat pertama kami stop kat sini, dah tu nak masuk ke sini kena byr lg 20baht/RM2.20 . Ikutkan tak mo masuk sini pun tapi dah canal tour ni punya pakej termasuk sekali, tp uols jgn risau kami tak masuk pun dlm kuil tu hanya kat luar perkarangan je. Lagipun nak masuk dlm kuil tu pun kena bayar lagi, adoi...pandai betul diorng buat duit. Kat sini kami diberi masa 20 minit sahaja, jadi kami hanya jalan-jalan beli sourvenir je, nasib baik souvenir disini murah.


Lepas tu sambung tour tgk perkampungan terapung.

Sungai Chao Phraya.


 Diantara rumah-rumah terapung disekitar sungai Chao Phraya. Dikatakan wujudnya rumah-rumah terapung ni sejak 150 tahun yg lalu.




dapat la tgk pasar terapung tapi time ni panas sangat-sangat jadi diorang berteduh bawah pokok je. Harga barang yg dijual pun agak mahal juga.

Selesai canal tour kami kesini pula, ingatkan nak terus ke muzium ular tapi masing-masing mata pun dah nak layu(mengantuk) sbb sepanjang dalam bot tu rasa terbuai-buai macam nak tertidur je, kejap rasa bahang kejap rasa berangin je mana tak rasa mengantuknya. Macam biasa la brother 'tuk tuk' merangkap tour guide kami pada hari tersebut sibuk nak bawa kami kesini pula. Katanya rugi tak beli barang kemas kat sini, murah. Tapi tu la tak tau batu apa diorg amik buat barang kemas jadi kami tak beli pun sbb tak nak terpedaya lagi. Itupun pekerja kat situ dah masam muka je bila kami tak jadi beli. Nak amik gambar pun tak boleh kat dalam tu. Last sekali kami mintak balik hotel je sbb da sakit kepala sangat.


Malam around pukul 8pm kami keluar untuk makan malam dan beli souvenir sahaja. Macam biasa beli kat MBK mall aje, banyak pilihan dan murah juga tp kena pandai tawar-menawar la dan kena berhati-hati sikit ketika tawar-menawar dgn diorang nih, banyak bad experince yg kita lalui sepanjang berada disini, mostly diorang ni tak de budi bahasa atau istilah lain kita panggil bersikap kasar dgn tourist. Kadang-kadang tu kita nak beli kain misalnya mestilah nak rasa dulu kualiti kain tu sebelum beli, tak pasal-pasal kena marah pula. Kalau bab tawar-menawar toksah cakap la, ada diantara mereka ni agak 'poyo' sikit. Kalau tak boleh bg harga murah it's ok la kan cakap tak boleh bagi murah so kita pergi beli tempat lain aje, ini tidak macam nak cari pasal pula.

Dah habis shopping souvenir kami singgah beli makanan kat MBK Food Island untuk makan malam pula.

Beli kebab daging kat MBK Food Island dgn harga 100baht/RM11.00 . 


Air tebu kami beli kat stall luar mall dgn harga 30baht/RM3.30

Ayam goreng 40baht/RM4.40. Ini sahaja la makan malam kami.




LAST DAY

Kami bersiap-siap untuk checkout, around pukul 11am macamtu kami letak bag kat lobi hotel dan pergi ke MBK Mall untuk mengisi perut dahulu, breakfast dan lunch sekaligus. Dah last day kat sini kalau tak pekena tomyam tak sah la kan so kami makan kat Yana Restaurant.

Foto sumber dari google.


Kami order Green tea Latte, rasanya sama macam green tea kat sini je.

 Steam rice

Kailan masin.

Nasi goreng daging. Rasanya agak pelik sikit.

Seafood tomyam, kami order clear soup tomyam je tak berani nak cuba tomyam yg letak santan tu. Seafood tomyam kat sini mmg betul-betul seafood la diorng bagi. Kalau setakat udang dgn sotong tu biasa dah tapi yang ni ditambah ketam dgn ikan merah yg biasa kita masak sup tu. Rasa mmg sedap dan paste tomyamnya totally tak sama dgn tomyam kat Malaysia. Kita bagi 4 bintang. Harga makan tengahari kami untuk hari terakhir disini 667baht/RM74.00

Selesai makan kami jalan-jalan dalam mall cari souvenir lagi. Lebih kurang pukul 1pm kami kembali ke hotel. Pihak hotel tolong kami call teksi untuk hantar kami ke airport. Harga teksi dari hotel Patunwan House ke airport 211baht/RM23.40, rasa mcam murah pula berbanding masa kami naik dari airport.

Makan malam kami dalam flight - Nasi Tomato with Ayam Percik. Sdp la juga.


Kesimpulannya, percutian kali ini telah mencapai matlamat utama kita terutamanya nak masuk Madame Tussauds. Tempat-tempat lain yg tak dapat pergi tu next time aje. Insyaallah datang sini lagi memandangkan Bangkok dah jadi rumah kedua buat asben, bila asben ada kerja kat sini lagi boleh ikut lagi, kali ini bawak Fateh sekali. Oh ya, bajet keseluruhan perbelanjaan kami utk 4 hari 3 malam disini termasuk hotel, makan, pengangkutan, souvenir dn lain2 around 2k tapi tak termasuk harga flight.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...