Wednesday, May 4, 2016

Review Buku: Sultan Muhammad Al-Fateh

Teringat kata-kata seorang ustaz ni di Facebook, 'Kalau nak letak nama anak se'glamour' mana pun biar ada maksud dan jika nama anak itu dtg dari nama pemimpin-pemimpin Islam yang terbilang adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk menjadikan anak kita seperti pemimpin-pemimpin tersebut'. Rasa mcm besar sgt tanggungjawab nak didik anak jadi seperti itu.

Letak nama anak pun memang amik sempena nama Sultan Turki iaitu Muhammad Al-Fateh yg bermaksud 'Sang Penakluk'.

Kebetulan jalan-jalan kat Billion Seri Iskandar, Perak jumpa buku ni kat kedai buku terus beli. Harganya sebuah RM 24.00





Apa yg menarik didalam buku ini terdapat infografik-infografik bagi memudahkan pembaca memahami proses-proses dan strategi-strategi yg digunakan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dalam menakluki Kota Konstantinopel(Istanbul)

Sinopsis - Sultan Muhammad Al-Fateh merupakan anak kepada Sultan Murad iaitu Sultan pada zaman kerajaan Uthmaniyah. Sultan Muhammad Al-Fateh telah menyambung hasrat ayahandanya dalam percubaan menawan Kota Konstatinopel yg kini dinamakan Istanbul.

Sultan Muhamamad Al-Fateh berjaya menawan Kota Konstantinopel pada 29 Mei 1453.

        Kesimpulannya, Sultan Muhammad Al-Fateh ni seorang pemimpin yg bijak bukan setakat di medan perang sahaja malahan bijak membuat dasar pembangunan, pendidikan, kesenian dan pemerintahan. Boleh dikatakan Sultan Muhamamd Al-Fateh ni seorang pemimpin yg berjiwa rakyat, beliau tidak suka menyusahkan rakyat, malahan beliau akan memastikan semua kanak-kanak di negaranya mendapat pendidikan yg sempurna. Manakala cukai yg dikenakan kepada rakyat pun tidak menyusahkan.

So lepas ni kena didik anak syurga ummi ni jadi Sang Penakluk ler. Jgn jadi Sang Penakluk Hati wanita aje udah ler.

Sang Penakluk hati ummi ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...