Thursday, October 20, 2016

Cantik Persis Celebriti di Celebriti Skin Expert

Salam sejahtera semua...

Baru-baru ini sis berpeluang menjalani rawatan muka - Collagen Facial Lifting secara percuma di Celebriti Skin Expert tau uolls. 


























Foto diatas adalah hasil sebelum dan selepas rawatan dijalankan. Yang sebelah kiri tu hasil selepas facial, yg sebelah kanan tu sebelum tau. Boleh nampak perbezaannya, cuba perhatikan pipi sis pada foto sebelah kanan tu, senyum la sampai ke telinga sekalipun pun pipi x naik2 juga kan. Maklumlah time ni baru lepas pantang, paham-paham jela bila da beranak-pinak ni seri muka pun da mula berkurangan lagi-lagi umur da masuk 3series ni kan. Muka pun da mcm mak cik beranak 10 je huhuu. Mari kita lihat pula hasil selepas treatment pada foto sebelah kiri, wow vavavom kan, pipi ada naik gitu. Suami balik kerja tgk muka kita ada senyum sampai telinga da...katanya takdela nampak bekas-bekas parut jerawat dan bintik-bintik hitam lagi. Pipi pun da nampak tegang tak mcm dulu londeh je. Hamboi hihii.


Sebelum rawatan dijalankan sis kena isi form skin analysis ni dulu. Selepas itu staff di spa ini akan menganalisa tahap kelembapan kulit dgn satu alat khas. Kemudian kulit sis dianalisa lg dgn satu mesin khas untuk mengenalpasti jenis dan masalah kulit sis dgn lebih mendalam. Hasilnya, barulah kita akan tahu jenis rawatan apa yg sesuai dgn kulit muka kita.


Memandangkan kulit muka sis jenis berminyak maka rawatan mask coklat kurang bersesuaian dgn kulit muka sis, kaedah rawatan masih sama cuma bahan-bahan sahaja ditukar bersesuaian dgn jenis kulit sis.

Mula-mula wajah sis dicuci bersih-bersih dulu, kemudian muka sis disapu dgn bahan-bahan khas untuk mengeluarkan whitehead & blackhead. Lalu muka sis diwapkan seketika untuk membuka liang-liang pori muka supaya memudahkan proses-proses pembuangan whitehead & blackhead. Masa muka kena wap tu mmg pedih sikit sbb ianya bertindak balas dgn bahan yg disapu pada wajah sis. Part yg paling seram masa muka kena korek-korek untuk buang whitehead & blackhead. Pergh...Beauty is Pain kata ko. Tapi hasilnya memuaskan tau, rasa bersih sgt, suami pun puji. 



Proses seterusnya, muka sis disapukan dgn gel collagen dibahagian pipi kiri dan kanan untuk proses facial lifting pula. Kemudian staff spa akan menggunakan alat seperti foto diatas untuk menaikkan semula pipi sis yg dah kendur sikit ni ha. So...mmg immediate result la kan, rs bulat mcm telur je pipi ni ha. 

Proses terakhir, muka sis disapukan masker pula, ha...kejung la kejap muka sis. Bila dah selesai rawatan, staff spa akan bg kita bertenang-tenang dulu dgn memberikan urutan dibahu dan tengkuk selepas hampir 2 jam sis baring kejung kat situkan. Rasa sdp pula kena urut. Maka selesailah rawatan facial sis.


Inilah dia rawatan muka - Facial Whitening Chocholate yg termurah tu, harus cuba uolls, now semua wanita boleh cantik persis celebriti.

Lain-lain pakej yg ada disini;
> Spa Bridal
> Body Massage
> Back Massage & Bekam
> Eye bag treatment
> Eyelash perming treatment

Pakej-pakej lain treatment yg sis berkenan selain facial ialah eyelash perming, masa sis dtg tu pun ada sorang staff spa ni tegur 'eh...akak..buat extension bulu mata ke...panjangnya bulu mata' ha..kembang kuncup hidung sis hahaha. Sis ckp ori then dia suggest sis buat eyelash perming biar lg cantik, lentik sepanjang masa. Harga pun murah je RM68, hurm..berminat nak buat sbnrnya sbb tak perlu pakai pelentik bulu mata dah nampak lg kemas dan cantik je dgn rawatan perming ni. Next time harus cuba nih.

Buat wanita-wanita diluar sana yg berminat nak cantik untuk suami dgn harga yg berpatutan disini la tempatnya. Sebelum dtg mesti booking buat appointment dulu tau.

Lokasi:
Celebriti Spa Studio
No.6A, 1st floor, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7,
Shah Alam, Malaysia

Waktu Operasi;
(11am - 8pm)
Hari khamis - Closed

Booking tarikh & waktu untuk temujanji;
Whatsapp 📲MIZZ FIZA 011-12825902
📲MIZZ NURIN 012-9409372 🌸
📞📞📞CALL 03-55194159

Like page FB Celebriti Beuty Studio
or
IG: @spa_best_murah


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...