Thursday, October 27, 2016

Resipi Ayam Goreng Mamak





























Salam sejahtera readers...hari ni sis nak share resipi ayam goreng mamak simple. 

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
3 sudu tepung jagung 
3 sudu tepung beras
2 @ 1 tangkai daun kari

Bahan-bahan kisar:
3 ulas bawang putih*
1-2 inci halia*
2 sudu cili kering yg telah diblender
2 sudu rempah kari (daging/ayam)
1 biji telur
1 sudu lada sulah
Garam secukup rasa

Inilah bahan-bahan yg sis guna. Cili kering blender ni sis guna yg da siap beli punya tau, if korang nak ganti dgn cili serbuk pun boleh. Bawang putih 3 ulas, halia 2 inci, garam, lada sulah, serbuk kari ayam&daging brand Adabi dan sebiji telur.


tepung jagung sis guna yg atas ni, uolls jgn salah guna tepung castard perisa jagung pulak yek.

Tepung beras mmg tak pernah ada kat rumah sis ni sebenarnya, so mintak sikit kat mama, untung rumah parents sebelah je.

Bahan penting daun kari jgn dilupa. Petik belakang rumah mama juga.

Cara-cara memasak;
- Kisar dahulu bahan-bahan bertanda *. 
- Masukkan kesemua bahan-bahan kisar spt bawang putih, halia, cili kering, rempah kari,garam, lada sulah dan telur.
- Masukkan tepung jagung, tepung beras dan daun kari.
- Gaul sebati kesemua bahan-bahan di atas.

- Akhir sekali, masukkan ayam dan perap selama sejam atleast. Lagi lama lagi bagus.
- Selepas sejam barulah boleh goreng. 

Ayam yg telah digoreng rupanya seperti foto diatas sekali yek. Selamat mencuba.



Nota Kaki: next, resipi apa pula sis nak try yek, bila mood memasak udah mari macam ni ler.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...