Tuesday, December 6, 2016

Cinta Sayang Resort Sg Petani Kedah

Assalamualaikum readers...
Musim cuti sekolah ni memang banyak undangan majlis perkahwinan. 
Last week haritu pi majlis kahwin sepupu asben kat Sg. Petani Kedah. Bertolak ke sana hari jumaat pagi tapi sampainya malam sbb on the way tu banyak menyinggah aje paham-paham jela ada anak kecik ni mmg kena byk singgah R&R. Lagi pula asben solat jumaat dulu tu jadi mcm panjang je perjalanan kami. Ditambah pula dgn cuaca hujan lebat sepanjang petang sampai ke malam dan lagi ada eksiden sepanjang highway tu ada la 4 kali eksiden berlaku. 

Di Sg. Petani ni kami stay hotel Cinta Sayang Resort. Saudara-mara yg lain ada yg stay rumah pak sedara asben kat Bertam dan selebihnya stay homestay dlm Cinta Sayang Resort juga. Actually rumah family pengantin dalam Cinta Sayang Resort juga, memang developer property buat rumah lot banglo sekali dgn resort hotel, tu yg kami book hotel dlm ni aje dekat.

Ini la bilik kami, not bad. Memang berbaloi la dgn harganya.

Memang luas, muat la pasang buai Fateh.

Bilik air pun luas dan selesa. 

Cafe & Restaurant pun cantik hiasan dalamannya. Siap ada buai lagi tu. Sambil makan sambil berbuai-buai. (foto sumber dari google)

Suasana dalam lobby hotel. (foto sumber dari google)






















Lain-lain fasiliti yang ada-Swimming pool, Gymnasium, KTV Room, Squash Court, Archery, Tennis Court, Spa/Massage/Golf dan lain-lain. Tak sempat pun gunakan fasiliti-fasiliti yg ada, sempat bawak Fateh mandi swimming pool je. (foto sumber dari google)


Seronok sgt budak tecik ni sampai biru-biru dah badan sbb terlalu lama main air.


Esoknya majlis sebelah pengantin perempuan dahulu, so Asha pakai set blouse dan seluar Palazo beli kat IG: @by_nshcollection dan shawl pula opkos la dari koleksi sendiri ashmirascarf tapi dah alter sbnrnya nnt ada masa Asha story D.I.Y shawl tali double loop ni yek. Kali ini lari sikit dari berbaju kurung, jubah or kebaya, zaman sekarang ni tak kisah dah asalkan pakaian tu menutup aurat dan sesuai dgn majlis.

Majlis sebelah perempuan tema biru pink.

Lusanya majlis sebelah pengantin lelaki(sepupu asben). Temanya kaler hijau gold memang kena sgt tema outfit Asha kali ini.



















Baju kebaya yg Asha pakai ni baju raya yg lepas je, beli asing-asing kain songket tu jauh beli kat Bangkok Thailand, corak motif pun gambar Gajah kot, mmg sengaja beli yg ada motif gajah baru nmpak beza dgn songket Malaysia. Blouse kebaya beli kat butik area Pasaraya CS, Semenyih dan Instant shawl pula sudah pasti koleksi sendiri.

































Last night our dinner tiada lagi disponsor so kena keluar cari makan hehehe. Keluar sikit je dari resort ada restoran Mr. Lebai atau Restaurant Asyikin. Macam-macam ada kat sini, menu goreng-goreng kampung ada, western ada, satay pun ada. Rasanya pun not bad, satay sedap, Chicken Grilled pun sedap cuma pelik sikit sbb letak hirisan buah oren, sepatutnya letak lemon hihii.


Last day breakfast kat sini. Menunya hampir setiap hari sama je, nasi goreng hari-hari ada selama 3 hari stay kat sini. Lain-lain tu ganti-ganti menu, hari ni bihun, esk kueh teow lusa mee goreng. Tapi sdp la juga berbanding makan kat Hotel Mahkota Melaka haritu.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...