Thursday, December 22, 2016

Aquaria KLCC

Dua minggu sudah family in law datang KL nak jalan-jalan KL katanya. FIL datang KL dan stay kat Homestay area Kajang. Nak stay umh sewa kami kecik dan kurang selesa, nak stay umah baru  kami tak pindah lagi.

FIL stay sini 3 hari je, tak cukup nak pusing-pusing KL sgt, kena tunggu umah kami fully furnished dulu ler baru syok stay lama.

Hari ahad asalnya kami planned pergi dua tempat sebenarnya, Aquaria dan Farm In The City tapi cancelled pi Farm In The City sbb FIL nak gi tgk umah baru kami.

Second time masuk Aquaria ni dah tapi first time untuk Fateh and FIL. Time ni Fateh dah start meragam sbb time tido dia sepatutnya time ni. Ni pun tak semua family yg join, hanya mak, abah, acu Fateh, Mak Ngah & Pak Ngah Fateh je. 


Mula-mula je Fateh leka tgk ikan lepas tu mengamuk sakan dia x dpt tido.

Baru masuk je dah nak menyusu. Igt bwk stroller tu mau la dia tido dlm tu. 





sempat amik gambar ikan-ikan yg ini je, ikan yg besar-besar lalu atas kepala tu tak dapat nak amik sbb Fateh da melalak-lalak time tu. Nasib baik la dah pernah masuk so tak la ralat sgt, kalau tidak maunya kena repeat lagi.

Keluar je dari Aquaria terus nak pergi ke parking kereta, tak boleh nak pusing-pusing sgt dah dalam tu sbb Fateh dan mengamuk jerit-jerit dah. First time dia mcm tu, mana taknya, selalu bwk jalan-jalan memang ikut time dia. Kali ni jalan-jalan dia kena bangun awal pagi mau tak meragam. 

On the way nak pergi makan tu Fateh terus tido dalam kereta. Oleh kerana plan nak tgk rumah kami makanya asben ajak makan area Bandar Baru Bangi, kira dekat sikit nak ke Sepang. Sebelum makan tu kami singgah solat dulu.

Makan tengahari kami kat restoran Asam Pedas. Tak igt nama kedai, gambar makanan pun lupa nak snap. Tp sedap la juga dari Asam Pedas Claypot kat Melaka tu. Dah lapar kan semua sedap.





























Ni la rumah baru kami dah siap sepenuhnya, air da masuk cuma elektrik je belum. Masuk-masuk tgk bersih je dalam rumah macam dah dicuci.

Nampak tak kekalutan hakak kat situ hihii. Tak sabar nak duduk rumah baru.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...