Tuesday, December 27, 2016

D.I.Y Instant Shawl Budak

Salam sejahtera semua...entri kali ini Asha nak ajar cara-cara nak buat tudung budak. Kalau ikutkan ini kira first time juga try buat tudung Instant budak ni. Kebetulan customer request buat custom made shawl dia so minta buatkan tudung anak dia sekali jika ada lebih.

Sebelum nak buat tu sudah semestinya kena tau ukuran kain tudung yg nak dijahit tu banyak mana nak potong kan. Oleh kerana tak pernah buat makanya Asha google la measurement utk tudung budak tapi tu la hanya sorang je sudi yg share ukuran tudung budak kat internet.


















Ni saiz yg kita ikut kat google tu. Katanya size ni sesuai utk budak 2-4 tahun. Lebar 50" bersamaan 1 suku meter. Panjang atau labuh shawl 16". Lepas da siap potong tu memang dah teragak macam kecik je, walaupun saiz nya memang dah sesuai dgn ukuran budak bawah 4 tahun yg kita nak buatkan ni. Bila dah siap jahit Instant kita try sarung kat adik sepupu kita yg berumur 6 tahun, badan dia kecik je macam budak 4 tahun. Bila sarung memang singkat, Kita rasa macam measurement ni sesuai utk budak 2-3 tahun je sbb try sarung kat Fateh ngam2 jek.





























Penyudahnya Asha sambung lagi shawl budak ni lagi 5" so saiz Labuh shawl ni dah jadi 21" daripada 16" tadi. Lebar shawl masih maintain 50" tapi sepatutnya kena lebar lagi kena tambah 5" juga kira jadi 1 setengah meter tapi tak boleh nak sambung sebab nanti nampak pelik pula. Bila dah sambung shawl ni mesti korang nampak ada kesan kain disambung kan? So kena la sorok. Macamana nak sorok? Scroll bawah
....
...
..





























Asha beli la dokoh iron strip ni then iron la kat sepanjang bekas sambungan jahitan kain tu. Ikutkan nak jahit lace tapi dah jumpa yg ni lg senang iron je.





























Dah siap jahit seam keliling shawl tu kita terbalikkan shawl tu amik side dalam untuk jahit muka pula. First kita amik ukuran 13" spt gambarajah lps tu tanda dgn jarum peniti supaya masa menjahit nanti ukuran asal tu tak lari.





























Second, kita tandakan dgn kapur merah 9" untuk size muka. Means dari inci yg ke-9 tu kita akan jahit sampai inci yg ke-13 yg kita tanda dgn jarum peniti mula-mula td.

Third step - kita jahit la dari bawah inci ke-13 tadi sampai inci ke-9 yg bertanda merah tu. Nak start jahit dari bertanda merah tu pun boleh, lagi senang.





























Step 4 -Dah siap jahit muka jgn lupa terbalikkan shawl semula. Part seterusnya ini kita nak jahit full instant yek. Dari bawah, part inci yg ke-13 tadi kita ambil lebihan shawl kita tindihkan dgn jarak 2 inci. Jgn lupa pin siap-siap dgn peniti.





























Lepastu side yg lagi satu kita tindihkan sama juga macam yg sebelum ni. Tapi part lebihan shawl yg last ni kita tak jahit sampai habis tau nanti kang tak nampak macam shawl pula. Kita jahit separuh dari lebihan shawl tadi. So nampak tak kita tanda dgn jarum peniti tu separuh je dari lebihan shawl tu. So nanti kita akan start jahit full instant dari jarum peniti yg atas ni sampai habis. Macam yg Asha jelaskan awal tadi yg labuh shawl sepatutnya kena tambah 3-5 inci lagi baru cantik  flowy sbb dah sambung kain part yg lebar tadi so tak cantik nak sambung part yg labuh shawl ni. Jadi kena pandai adjust kat size muka la ceritanya kasi balance.





























Tara...dah siap. Cuba perhatikan betul-betul part lebihan shawl tadi tak sama kan dgn gambar yg atas tadi sbb Asha dah adjust part muka tu dari 13" jadi 11 1/2 inci je so nampak la labuh sikit baru la flowy.





























Comel tak adik ni pakai. Next time kita tunjukkan D.I.Y yg elok skit yg xde sambung kain yek memandangkan measurement yg betul pun dah ada. Yg ni kira testing je dulu. Lepas ni kalau ada yg nak tempah tudung budak boleh la tempah dgn Asha. Oh ya, lagi satu nak bgtau kain pun memainkan peranan juga tau. Macam kain yg atas ni jenis crepe, ringan sgt so kurang cantik lau buat shawl. Kain yg cantik material heavy chiffon atau plain fukuhara baru nampak kemas dan flowy.

Nak menjahit ni bukan setakat kena ada skill menjahit aje, kena pandai ambil tahu jenis-jenis dan ira kain juga tau. Pernah sekali tu beli kain lycra nak buat tudung syria, masa beli rasa kain tu mcm lycra sbb jenis yg memeri kainnya. Rupa-rupanya bkn kain lycra sbb ira kainnya memeri secara melebar je bukan ke bawah. Bila buat tudung ukuran muka sama je dgn yg lain. Bila da siap sarung rasa sendat pula. Takpela...belajar dari pglmn gitu, lama-lama nanti expert la.

Jom tgk koleksi Asha Raimi Collection


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...