Tuesday, January 31, 2017

Western Dulang

Hari ahad yg lepas kami sekeluarga makan malam di restoran Nasi Ayam Gulai Kawah yg terletak di Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi. Alhamdulillah niat abah ada rezeki lebih katanya nak belanja kami makan. Maka tertunai sudah la hajatnya, bukan mudah nak kumpul sekeluarga macamni. 

Macam biasa, bab-bab nak cari tempat makan yg best2 ni mmg tugas kita la. Tau tempat makan ni da lama dah itu pun sbb viral kat laman sosial. Last time dtg sini nak mkn dgn family mertua tapi masa tu ramai sgt org dan tiada tmpt langsung. Kali ini dah tau mmg keluar awal, lepas maghrib je dalam pukul 8pm kami gerak dari rumah. Tak jauh pun dari Bangi lama nak ke Bandar Baru Bangi. Sampai pun tetap ramai juga, nak reserve mmg diorang tak buat, kena walk in juga. Nasib baik ada tempat untuk kami. 

Pada asalnya abah kita nak makan nasi ambeng, tapi kami semua tak setuju lagipun tak tau kat mana restoran yg ada jual nasi ambeng area kami ni, byk cafe or restoran hipster je skrg ni. Kesian pulak kat abah, rindu nak makan nasi ambeng air tgn nenek agaknya. Bila kita tunjuk gambar western dulang ni abah setuju pula, kita cakap kat abah anggap la western dulang ni macam nasi ambeng, kira nasi ambeng ala western la mkn dalam dulang juga hihihii.

Kami order 2 dulang. Setiap dulang side dish sama je cuma main dish je boleh tukar nak chicken chop or lambchop. Jadi kami order satu dulang chicken chop dan satu dulang lagi lambchop. Dalam tu ada fries, ayam drumet bbq, meat ball, spagheti Bolognese, chicken chop or lambchop dan sos pula ada 3 jenis-blackpaper/mashroom/thai sauce. Actually nak order 3 dulang tapi meja tak cukup besar pula. Kami ada tambah menu lain tapi pekerja kat situ tak buat pula maybe tak cukup tangan nak siapkan order customer lain. Rasanya memang sedap, berbaloi la makan. Harga sedulang tak silap kita RM45 atau 49$ macam tu. Total termasuk air semua around RM150++ .ok la tu harganya utk 8 org mkn.

Gambar sebelah kiri atas - sebelum gerak posing dlu dekat backdrop tapestry yg kita baru beli utk photoshoot koleksi tudung dan review product. Dalam gambar ni gambar air je yg takde, makanan sampai dulu terus ngap.


Ini la kedainya. Menu utama yg diorang ketengahkan nasi ayam gulai kawah tapi yg lebih popular western dulang. Tapi, nak makan western dulang ni malam je baru boleh order tau.


 Diantara menu-menu lain yang special kat sini. Next time boleh cuba.
Nasi ayam gulai kawah. Nampak lain dari yg lain juga menu kat sini kan. 

Nasi lemak sambal 6 negeri. 


Thursday, January 19, 2017

Homemade Bubbles

Last week abah Fateh balik dari Bangkok, outstation disana. Macam biasa la mesti beli ole-ole utk kami. Salah satunya mainan Fateh, abahnya belikan mainan bubble tanpa tiup sendiri tu. Dua hari je main dah habis stok buihnya. Jadi umminya terfikir nak buat sendiri la buih sabun tu, maka kita pun google la cari resipi kat google. Macam2 resipi ada tapi kebanyakannya utk buat bubbles yg beso-beso tu, jadi amount nak kena bancuh pun byk sgt. Selain itu, bahan-bahan yg diperlukan pun tiada di dapur. So cari cari-cari resipi lain terjumpa la yg satu ni, tgk bahan-bahannya pun memang ada semua kat dapur.


Bahan;

> Air - 2 cawan
> Gula - 1/2 cawan
> Tepung Jagung - 1 sudu teh
> Sabun pencuci pinggan Joy - 1 cawan
> cawan penyukat
> Sudu utk mengacau campuran
> bekas refill bubble.


1- Tuang air panas suku cawan shj. Lepastu masukkan gula setengah cawan lalu dikacau sampai gula larut. Jangan tanya kita kenapa buh gula, kita ikut resipi je nih.

2- Baki air lagi 1 1/2 cawan dituang.

3- sukat sabun pencuci pinggan Joy 1 cawan. Nak byk buih elok pakai brand Joy.

 4- Campurkan dalam larutan air dan gula tadi.

 5-Bahan terakhir masukkan tepung jagung 1 sudu teh. 

6-lalu dikacau larut tapi make sure jgn kacau laju sgt nnt berbuih.

Siap. Boleh disimpan dalam botol mineral yg tak pakai lagi mudah nak tuang.

Lepastu kita pun refill la dalam bekas mainan bubble Fateh ni dan test byk ke idok buihnya.

Oleh kerana bahan-bahannya ada gula so kena alas lantai dgn kain supaya tak melekit dan semut tak hurung lantai.


Seronok Fateh main buih. Memang banyak keluar buihnya. Kira menjadi la ekseprimen kita.


Tuesday, January 3, 2017

Celebrate New Year with SHELL OUT Bajett



Assalamualikum dan salam sejahtera semua...Selamat Tahun Baru. 
Hari ni dah 3rd January 2017 so ramai rakan-rakan yg sebaya dgn Asha semua tgh sibuk hantar anak-anak masuk sekolah hari ni. 

Actually every 1st January every year adalah hari ulangtahun kelahiran abah kami so kami akan sambut dgn mengadakan aktiviti makan-makan bersama keluarga. Selalu celebrate mesti ada besday kek but this time tarak. Kita buat lain sikit la, simple2 je kira mcm monthly dinner dgn family sbb jarang sbnrnya kami dapat berkumpul semua walaupun rumah sebelah je tapi masing-masing sibuk dgn kerja.

Siang hari tu Asha dan mama attend majlis kahwin BFF masa sekolah dulu kat Cheras. Actually memang tak sangka my BFF ni nak kahwin lagi. Jikalau dia tak suruh kita custom kan tudung nikah dia memang sampai kesudah tak tau dia nak kahwin. Masa bila dia bercinta pun tak diketahui, tau-tau dah nak kawen je. Hehehe pandai ko simpan rahsia ye sahabat. Minta Asha buatkan tudung nikah ala veil instant gitu. Pening juga mula-mula nak design tu, mujur diberi contoh tudung yg ada kat laman google puas gak kita belek-belek nak design tudung ni dan akhirnya berjaya siapkan.
Apa-apa pun semoga perkahwinan kali ini kekal selamanya ye Mas. No more tears.

Ok, kita sambung semula cerita Shellout kembali.
Selalu  kami celebrate buat makan-makan kat umah je, konon igt kali ini nak buat kat luar tapi ada pula adik-adik kita yg teringin nak try shell out. Survey area yg dekat-dekat dgn umh macam x de je rasanya. Yang ada pun steamboat or western je kat sini. Tak tau la kot Asha terlepas pandang. Ikut history yg lepas-lepas selalu kami beli KFC, sate, Ayamas or Kenny Roger je. Kali ni nak tukar selera la pulak kan. Kalau masak-masak ni mmg jarang dah nak buat since mama pun dah tak larat nak masak-masak sgt dan selalunya hari-hari special mcmni kami lg suka makan makanan yg bukan dimasak sendiri. Lagipun siang harinya kita ada jemputan kahwin BFF kita lagi la tiada masa nak buat preparation utk masak-masak ni.

Oleh kerana Asha pernah la tanya kat komen one of the admin page SHELL OUT BAJETT ni harga, pakej dan delivery area yg dia cover. So masa tu ada la rasa nak try tapi tak tau bila, jadi bila hampir semua family decide teringin nak try Shell Out ni lagi-lagi mama kata abah pun teringin nak makan benda ni so kita on la. 

Shell Out Bajett menyediakan 3 jenis cara masakan yg kita nak. 
1- Blackpaper Marvellous
2- Curry Butter Salt Egg Power
3- Spicy Kebaboom

Mula-mula minta no. 2 & 3 tapi no. 2 bahan-bahanya da out of stock maka tukar la no. 1 & 3. Padahal kami semua dah terasa-rasa kat tekak ni Curry Butter Salt Egg, aduh...kempunan la. Kita boleh pilih nak siap masak sepenuhnya atau Frozen Shellout, maknanya kena masak sendiri la seafood tu kecuali kuah diorang dah masakkan siap-siap.


Oleh kerana ahli keluarga ada 7 orang so kami decide amik pakej VIP ni 2 set, so ada lebih sebungkus nasi putih. Dalam pakej ni seperti yg tertera dalam foto atas ni seafood yg diorang bagi French Brown Crab kita panggil ketam berbulu sbb byk bulu kat kaki-kaki ketam tu, igt dia bg ketam yg biasa kita makan tu, Baby Lobster, Large Scallop(Tiram), Bamboo Clam(Pepahat), Kerang, Kupang, Kepah, Udang, Sotong & Lala. Biasa kita tgk org makan Shell Out ni mesti ada sayur seperti brocoli dgn jagung kan, tapi dah kata bajet so x de la sayur but...seafood yg dimasak pun da cukup mewah, lagi-lagi nak dapatkan ketam berbulu, tiram & baby lobster tu kat pasar bukan senang, ketam yg biasa kita makan tu pun jarang-jarang ada kat pasar. Selain itu nasi putih dan minuman kordial disediakan. Kira satu kepala around 23$ sorang, ok la tukan harganya. 

Kira puas hati makan, memang licin. Spicy Kebaboom tu mmg pedas kebaboom sgt la kan. Next time kena repeat lagi la tak puas makan sbb time ni kita selsema so deria rasa agak kurang time ni. 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...