Sunday, March 5, 2017

Mossy Forest Gunung Brinchang, Cameron Highland


Assalamualaikum readers...Isnin yg lalu Asha dan family kecilku pergi bercuti di Cameron Highlands. Sebelum tu kami pulang ke kampung suami kat Perak dulu 3hari so sempat juga la jalan-jalan area Ipoh dulu - Gunung Lang & Laksa Telur Sarang

Bertolak dari rumah mertua ke Cameron Highland around pukul 2pm juga lepas solat zohor. Sampai kat atas tu dalam pukul 4.30pm. Kami stay kat CASA LOMA yg terletak di Bungalow Green Hill Resort, Tanah Rata. Facilities yg ada disini macam biasa la ada TV, WiFi, Hot water Shower, Tea & Coffee making, Private Balcony, dan ada Daily songbird wake up call - yg ni mati-mati Asha igt bunyi burung original tau huhuu. Balcony nya memang luas facing forest gitu, bila solat kat ruang balcony tu rasa tenang dan damai je, dgr bunyi angin bertiup kat daun-daun pokok je tp bila larut malam rs macam angker pulak duduk kat balcony tu huhuu, sunyi sepi je. Nak-nak lagi kami je yg stay kat situ tak de guest lain.




Bilik mandinya kalau nak mandi boleh buka tirai tau, kira mandi sambil menikmati suasana alam flora gitu. Suasana luar bilik pula memang cantik, ada garden.





























Suasana dalam bilik pula boleh kira selesa la boleh buka tirai tgk suasana luar. Boleh dikatakan Asha banyak habiskan masa di luar balcony siapkan kerja yg client bagi selepas pulang dari bersiar-siar huhuuu bercuti pun kena buat kerja juga tau. Rate satu malam around RM200++ berbaloi dengan ketenangan dan keselesaan yg kami dapat.

   Keesokan harinya kami sarapan nasi lemak sambal strawberi di Abang Steamboat & Grill. Sarapan pagi kat sini tak ramai orang, boleh dikatakan kami je yg sarapan pagi kat sini pada hari tersebut. Mungkin sebab hari biasa kot bukan time cuti sekolah tu takde org sangat. Nasi lemak yg kami makan ni ada dua sambal diorang bagi, satu sambal tumis nasi lemak yg biasa tu dan satu lagi sambal ikan masin strawberi. 

Selepas itu kami meneruskan aktiviti pertama kami ke Kebun Strawberi di Taman Agro Tourism. Kat sini memang popular ice cream strawberinya.

Kebun kat Taman Agro Tourism ni nampak kemas sikit kebunnya, tersusun je tanamannya. Nampak cantik.

Kat sini kami berpeluang petik strawberi sendiri tapi dikenakan bayaran, kami kena bayar deposit RM50 utk sekilo, lepas kami dah petik tu kami pi timbang semula dapat RM35 je tak sampai sekilo pun rupanya. Ingat petik-petik sampai penuh bakul plastik yg diberikan tu dapat la sampai sekilo. Merasa la Fateh petik strawberi sendiri.

Aktiviti seterusnya kami menuju ke Mossy Forest. On the way nak naik ke atas tu sempat la ambil foto dan nikmati pemandangan indah kebun teh Boh Sg Palas. Sebelum tu suami ada tanya nak singgah ke kebun teh Boh dulu ke. Asha ckp tak payah la balik nanti kot sbb tgk byk kereta keluar masuk ke situ, dah tu jln satu hala tu je.

   Sampai kat atas ni lebih kurang 30minit juga la, mencabar sgt jlnnya, paling mencabar bila bertembung dgn kereta lain dari arah berlainan, nak ketepi sikit pun susah sbb jalan kecil dan sebelah gaung pula tu. Ngam-ngam sampai atas tu Fateh pun bangun dari tidur so buatkan dia susu dulu dan tukarkan pampers. 

Suasana kat atas ni sejuk sgt-sgt. Rasa muka kena titisan air embun je, igtkan air hujan renyai-renyai tapi rupa-rupanya bukan. Jalan nak naik kat atas ni memang berkabus sgt, rasa seram pun ada, teringat movie mistik dan fantasi seperti Maleficent & Hobbit pula.

Nampak signboard kecil atas tu, penanda sempadan Perak & Pahang.

Ketinggian gunung Brinchang ni dalam 2000m dari aras laut. Lepas tu kalau nak hiking ke Gunung Irau lagi 110meter depan sikit, jalannya ikut laluan yg disediakan tapi sampai mana tak pasti la sebab kami stop sampai tengah-tengah je. Nak teruskan tak sesuai sbb bawa anak kecil, takut masuk gaung pulak.



Seriously memang cantik sgt pemandangan disini.

Nampak tak ada pucuk paku, tak boleh petik tau dilarang sama sekali, kalau boleh da lama Asha petik buat masak lemak cili apai hihihii. Mesti rasanya lebih sdp sbb tumbuh pada kawasan hutan yg sejuk dan tinggi.

Memang sejuk mata memandang bila masuk hutan ni. Cantik sgt-sgt.


Sempat juga ambil video view kat atas ni.



On the way pulang, snap lagi foto suasana kebun teh. Memang betul-betul mendamaikan suasana begini. Kalau ada duit byk memang nak beli je tanah kat Cameron ni buat rumah dan resort.

Sampai je bilik rest kejap, solat lps tu makan tengahari kat balcony bilik je, kami beli mknn bungkus dari food court kat Tanah Rata. Desert pula kami makan strawberi celup coklat yg kami petik tak sampai sekilo tu. 

Makan malam kami pula Steamboat aje, cuaca sejuk-sejuk begini memang sedap dan sesuai makan steamboat panas-panas. Steamboat yg kami makan ni satu kepala RM35, tempat yg sama juga kami breakfast pagi tu - Abang Steamboat & Grill-Tanah-Rata Actually ini bukan la first time makan steamboat kat sini. Last year pun kami makan kat sini juga, tempatnya selesa dan sesuai utk family. Boleh pilih nak makan bersila atau duduk dikerusi panjang. 

Tempat duduk bayi juga turut disediakan.

Tiba sudah hari terakhir percutian kami di sini. Fateh say bye bye...

On the way pulang ke KL kami singgah Brinchang dulu beli sedikit buah tgn seperti Jagung dan strawberi lagi utk di bawa pulang. Kemudian kami singgah di Cameron Valley utk minum teh dan beli pelbagai jenis teh utk di bawa pulang. Memang tak sah kalau datang sini tak beli teh.

Berakhir sudah percutian kami, walaupun ada lagi beberapa tempat yg kami tak sempat singgah next time dtg lagi. 


Nota Kaki: Kak Cah rasa next holiday nak terjah pulau pulak la, rasa sejak berkahwin ni tak pernah lagi terjah pulau-pulau di Malaysia ni dgn asben. 





7 comments:

Seorang Syed said...

Suka tengok gambar2 dekat cameron ni. Rasa sejuk ja mata memandang. Cantik betul kebun2 dia

Ashmira said...

Betul tu Syed. Tak prnh jemu dtg Cameron every year.

mister zarif said...

Nak sampai puncah irau, lagi 3 jam perjalanan tu. huhu.. rabak peha mase naik haritu. tapi, puas hati..

Ashmira said...

Wah...msti best bila dah smpai ats tu. Belum berpeluang lg.

siti norizan said...

Wah menariknya pic-pic kat cameronni..lagi-lagi dekat mossy forrest tu..

Asha Raimi said...
This comment has been removed by the author.
Asha Raimi said...

Kena pergi sis mmg cntk sgt2. Sejuk je.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...