Thursday, April 27, 2017

Kuih Cek Mek Molek


Last week pergi bercuti dgn family asben ke Cameroon Highland, padahal baru je bln lepas pi bercuti ke Cameroon dgn asben. Oleh kerana baru je lagi pergi Cameroon so tak tau dah nak beli buah tangan apa utk dibawa pulang. Selalu borong jagung, strawberi dan teh, kali ini Asha beli strawberi dan keledek sahaja. Tak tahu nak beli keledek yg mana satu makanya Asha beli campur2 keledek oren dan ungu 3kg, lps tu bahagi 2 dgn mama.

Ni la dia keledek oren dan ungu tu. So masa ni Asha decide nak try buat cek mek molek dengan keledek oren.

Selepas Asha kupas kulitnya Asha basuh bersih-bersih lalu direbus sehingga masak. Asha letak sedikit garam. Masa rebus tu bila air dh menggelegak kena senantiasa balik-balikkan keledek supaya masak serata. Sesekali cucuk dgn garfu utk check keledek sudah empuk ke belum.

Bila keledek sudah empuk barulah kita angkat masuk ke dalam bekas lain dan biarkan sejuk seketika. 

Agak-agak dah sejuk sikit barulah kita lenyek-lenyekkan dgn garfu or lesung batu. Oleh kerana Asha tiada lesung batu so Asha gunakan garfu dgn gelas aje.

Jgn lupa bahan-bahan penting yg lain seperti tepung dan gula sbg inti.

Tepung ni Asha agak-agak je letak, tak reti nak sukat-sukat berapa gram atau berapa cawan. 

Uli rata, tak cukup tepung tambah lagi. Tapi...tepung jgn terlalu banyak yek nnt keras dan tak sedap.  

Dah siap uli kita taburkan sedikit tepung pada pinggan atau dulang utk mengelakkan adunan cek mek molek melekat. Sebelum nak bentukkan cek mek molek ni tgn kita haruslah letak tepung juga supaya tak melekat. Uli bulat-bulat kecil lepas tu leperkan diatas tapak tangan. Tengah-tengah tu letak la satu sudu kecil gula, kalau tak suka manis sangat letak la setengah sudu kecil shj. Lepas tu gentel-gentel membujur spt diatas ini, kalau nak buat bulat-bulat macam kuih bom pun boleh tapi takde la namanya cek mek molek dah gitu.

Dah siap gentel semua kita panaskan minyak masak lalu digoreng sehingga kekuningan.


Ini la rupanya setelah siap digoreng. Actually kaedahnya sama je macam kuih keria cuma bezanya kuih cek mek molek ni inti gulanya di dalam, manakala kuih keria gula disira diluar.


Nota Kaki: Kak Cah tgh fikir keledek ungu tu nak buat keria ke buat pengat je.



Tuesday, April 18, 2017

BEAUTY REVIEW| Beaute' Library at My Town Mall KL



Assalamualaikum readers...

Sudah lama kiranya Asha tidak menjalani rawatan muka. Rasa sangat beruntung bila berpeluang membuat rawatan muka Complimentary One (1) Beaute' Floral Essential Hydrating Enriching Facial Treatment worth RM880 (150 minutes) di Beaute' Library ini.

Asha telah menjalani rawatan muka di Beaute' Library yang terletak di My Town Mall KL pada hari ahad yg lepas (16/4/2017). Kiranya ini adalah outlet yang ke tujuh Beaute' Library dan lokasinya teletak di aras 2, tak susah pun nak cari. Masa Asha sampai sini dalam pukul 12.00 tengahari, orang pun tak ramai lagi time ni.

Lepas bg nama dan check daftar temujanji Asha dibawa masuk ke bilik konsultasi. Disini ada 2 bilik konsultasi. Sebelum rawatan dimulakan Asha telah diberikan Skin Analysis Form untuk diisi mengenai sejarah permasalahan atau jenis kulit terlebih dahulu.

Sementara nak tunggu staff beautician therapist yang akan merawat muka kita tu datang, Asha telah diberikan secawan teh dulu sambil-sambil isi borang tu kita minum dulu. Sedap tehnya tak kelat rasanya walaupun tiada gula.

Selepas itu staff beautician therapist yg akan merawat muka Asha pun datang memperkenalkan diri, namanya kalau tak silap Asha Ms Connie. Lebih kurang 15 minit juga penerangan dan analisa kulit muka dijalankan. Hasil analisa kulit muka Asha seperti foto di atas, kulit muka Asha jenis berminyak dan amat mengejutkan juga bila tengok struktur kulit muka Asha macamtu huhuhuu...geli ada ngeri pun ada. Analisa yang atas ini untuk part dagu, memang Asha akui part dagu ni memang paling banyak biji-biji, tapi bukan biji-biji jerawat tau. Ianya terhasil bilamana kulit muka Asha dah tak dapat nak mengeluarkan minyak-minyak muka yang berlebihan di bawah kulit dengan sempurna. Selain itu, pembukaan pori-pori yang lama dibiarkan begitu tanpa rawatan yg bersesuaian menambahkan lagi kerosakan pada kulit. Kalau anda perasan pada foto kulit muka Asha di atas ini ada garisan rekahan kulit, ianya berlaku akibat pembukaan pori-pori yg terlalu lama tanpa dirawat sehingga menghasilkan garisan rekahan yang memanjang. Akibatnya, muka Asha kelihatan tua dari usia sebenar huhuhuu. 


Selesai konsultasi, Asha dibawa ke bilik rawatan. Yang bestnya bilik rawatan yg disediakan memang dikhaskan untuk seorang pelanggan sahaja. Disebelah dinding tu kalau anda perasan ada 'button call' tau, fungsinya untuk memanggil beautician therapist jika ada sebarang masalah sebagai contoh masa muka anda diwapkan terlalu panas ke, atau muka rasa gatal-gatal selepas disapu gel masker ke. Dibelakang pintu disediakan baju khas untuk dipakai semasa rawatan serta hanger untuk kita gantung pakaian kita.

FACIAL TREATMENT - Beaute Floral Essential Hydrating Enriching Treatment

Step 1 -  Muka Asha dicuci dengan cleanser Milk.

Step 2 - muka Asha disapu dengan Hydrating Gel & Steamer untuk 10 minit untuk buka pori-pori sebelum proses membuang whitehead & blackhead dilakukan.

Step 3 - Proses membuang whitehead & blackhead.

Step 4 - Selepas muka dicuci, Toner muka disapu rata pada wajah untuk memberi kesegaran selepas muka dikorek-korek semasa pembuangan whitehead & blackhead tadi.

Step 5 - Ginseng Gel + Machine hit up. Fungsinya untuk bagi gel tu meresap betul-betul kedalam kulit muka.

Step 6 - Lifting Massage + Relaxing Shoulder Massage.

Step 7 -  Floral mask untuk bagi kulit muka more brightens and hydrates skin, improves skin condition and gives glow to the skin. Memandangnkan kulit muka Asha ada sedikit tona tidak sekata so memang sesuai la floral mask ini.

Step 8 - Selepas muka dicuci sekali lagi toner disapu pada wajah dan langkah-langkah terakhir ini muka Asha disapu dengan krim pelembab dan sunblock cream. Selesai sudah rawatan muka.

Hampir 3 jam juga rawatan muka ini dijalankan, memang rileks habis. Bukan mudah surirumah sepenuh masa macam Asha ni nak dapat 'me time' macam ni. Mujur suami memahami dan memberi isteri kesayangannya ni cuti pelepasan dari sebarang tugasan surirumah pada hari tersebut.


Muka Asha semasa dalam rawatan. Masa ni muka Asha baru lepas kena korek-korek buang whitehead & blackhead, beautician therapist Ms Connie biarkan muka Asha rest seketika sebab muka Asha agak merah-merah sikit lepas kena korek-korek tu. Maaf foto gelap sikit sebab lampu ditutup.

Tada...ini lah hasilnya muka selepas rawatan, no edit, no filter, make up pun tiada, boleh nampak tahi lalat tu maknanya no make up. Barulah nampak bercahaya sikit, kalau tak Asha rasa kulit muka gelap je tak cerah macam Fateh. Ni baru betul orang kata ini ummi Fateh sama-sama cerah. Pori-pori muka pun dah semakin mengecil, tiada la lagi kena perli dengan suami muka lubang-lubang hihihii. Tapi...nak maintain kena la follow rawatan ni selalu lagi-lagi kondisi kulit muka macam Asha ni atleast setiap bulan kena buat rawatan yg sama tau sampai la pori-pori tu dah tak nampak. Silap-silap tak yah pakai make up tebal dah.


Sempat berfoto di Beaute Library My Town Mall KL. Maaf tak berapa clear foto sebab tempat ni agak samar-samar sikit.

Kalau anda teringin merasai sedikit kelainan menjalani rawatan muka di Beaute' Libary anda boleh layari:


Facebook Fanpage: Facebook Beaute Library

Atau hubungi;

Tel : +603 6252 6312
Fax : +603 6242 4882
Email : kepong@beautelibrary.com​

Tel :​ +603 5632 1312
Fax :​ +603 8011 0882
Email :​ usj@beautelibrary.com

Tel : +603 5879 1314
Fax : +603 5879 1214
Email : puchong@beautelibrary.com​

Tel : 03-82111314 / +6017 361 0800
Fax : 1700813567 
Email : kd@beautelibrary.com​

Tel : +6012 607 2426
Fax : 1700 81 3733 
Email : cmbeautelibrary@gmail.com

Tel : +603 2283 1312
Fax : +603 2201 6318
Email : midvalley@beautelibrary.com

Tel : +03-5891 1314 / 012-9261 838
My Town Mall KL.




Wednesday, April 12, 2017

Review | Lampin Jenama GOO.N



Pertama kali Asha mencuba produk lampin pakai buang berteknologi Jepun jenama GOO.N Friend pada Fateh. Merupakan diantara salah satu produk kualiti Jepun yang amat kami gemari sejak Fateh bayi lagi, lebih-lebih lagi yang jenis 'Pants' terus sarung je. Sangat mudah.

Kelebihan lampin jenama GOO.N Friend ini boleh dipakai pada waktu siang dan malam, jadi tidak perlu beli lampin yang berlainan khusus kerana ianya juga sesuai dipakaikan pada anak-anak lelaki dan juga perempuan. 

Permukaan lampin pakai buang ini sangat lembut dan sesuai untuk kulit anak-anak kecil yang jenis sensitif seperti Fateh, mudah kata, tiada ruam dan tidak merengsakan kulit. Yang bestnya, bila pakai waktu malam bila Fateh bangun tidur keesokan harinya lampin ini tidak bocor. Memang penuh dan berat tetapi dapat menyerap dengan baik. Kebiasaannya anak-anak kecil bawah usia 3 tahun tidak pandai berkata-kata jika mereka tidak selesa, begitu jua dengan Fateh, kalau dia tidak rasa selesa dengan lampin pakai buang yang kami pakaikan selalunya Fateh akan tanggalkan sendiri lampinnya, selepas itu digaru punggungnya sepuas hati sampai calar balar. Ha...itu tandanya lampin itu tidak selesa pada Fateh.

Lagi satu, material lampin GOO.N Friend ini tidak berbau seperti beberapa produk lampin pakai buang yang lain. Kadang-kadang belum penuh lagi lampinnya dah ditukar yang baru sebab bauan yang terhasil dari lampin tersebut kurang menyenangkan. 

Selain daripada rekaanya yang elastik di pinggang, lampin GOO.N Friend ini juga mudah ditanggalkan.

Rekaan lampin ini sangat bagus sebab  mudah nak detect yang mana satu depan dan yang mana belakang. Untuk yang belakang ada perkataan 'Back' atau senang cerita ada gambar kepala Doraemon besar kat situ.


Selain daripada produk lampin, GOO.N Friend juga mengeluarkan produk tisu lembab (baby wipes). Walaupun Fateh dah tak pakai tisu lembab ini untuk mencuci punggung tapi Asha masih lagi gunakan tisu lembab ini untuk lap mulut Fateh selepas makan dan juga muka untuk bagi segar lebih-lebih lagi bila travel jauh. Lagi pun tisu lembab ini bebas alkohol kerana ianya 99% air tulen. Jadi tidak perlu ragu-ragu tatkala menggunakan tisu lembab ini untuk lap muka si kecil.

Penguin baby wipe box - Asha suka bekas simpan tisu lembab ini nampak cute. Box ini telah dikhaskan untuk simpan tisu lembab supaya dapat mengelakkan tisu lembab kekeringan dengan cepat.





























Happynya Fateh dapat pakai lampin yang selesa.



Untuk ibu bapa yang baru nak timang cahaya mata memang Asha syorkan cuba lampin pakai buang jenama Goo.N ini. Kerana ianya sangat lembut, sesuai untuk bayi yang baru lahir. 

Produk Goo.N ini boleh didapati di pasaraya-pasaraya terkemuka seluruh Malaysia atau boleh beli secara online di Lazada. Klik sini >Lazada-Goo.N< untuk pembelian secara online dan boleh nikmati diskaun hebat yang ditawarkan. 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...