Wednesday, August 2, 2017

Birthday Al-Fateh

Ahad yg lepas berlangsungnya majlis hari lahir anak tunggal kami iaitu Muhammad Al-Fateh. Majlis telah diadakan secara kecil-kecilan sahaja dan ianya berjalan lancar seperti yg dirancang. Perancangan awal memang nak jemput sedara-mara yg duduk dekat-dekat dgn rumah kami aje, maklumlah duduk kampung kan, jadi jiran-jiran pun terdiri dari sedara-mara aje la. Ada juga kawan-kawan mama yg hadir pada hari tersebut secara kebetulan, dah macam open house hari raya pun ada.

Oleh kerana rumah sewa kami ruangnya agak kecil maka majlis telah diadakan di rumah parents kami. Insyaallah bila rumah baru kami dah siap renovate nanti boleh la jemput kawan-kawan pula. 

Dua minggu sebelum majlis Asha list down dah menu apa yg perlu dimasak dan yg order sahaja;

  • Laksa - mama masak memang marbeles.
  • Sate - suami order 320 cucuk (ayam/daging/arnab). Sate Kajang Hj. Samuri.
  • Brownies Birthday Cake - order kat jiran sekampung. (Fatimah Zahra Brownies)
  • Cheese tart Blueberry - pun order kat (Fatimah Zahrah Brownies). Puas hati, sedap.
  • Sandwich - order dgn kenalan mama, kena beli 3 box minimum kalau nak delivery. So sepatutnya 1 box nak letak atas meja tp tiba-tiba adik Asha pi letak sandwich yg Asha dah susun-susun dalam bekas lain tu atas meja. Dah nampak tak berapa menarik, susun pun cincai-cincai sebab bukan plan nak letak atas meja utk tetamu makan.
1 box ni ada 30pcs. 10pcs ayam/10pcs telur/10pcs tuna. Bagi Asha yg sedap ayam. Kalau letak yg 1 box tu macamni atas meja nampak la menarik sikit baru la ada selera org nak makan ye tak.

  • Buah tembikai susu - beli kat pasaraya area office.
  • Fruit & Puding Koktel - beli bahan-bahan kat pasaraya area office juga then pak ngah Fateh tolong buatkan. Yang ni paling laku, dua kali refill. Letak pulak dalam mangkuk kaca berkaki yg mmg khas utk letak koktel tu mmg nampak menarik dan menyelerakan.
  • Beverages - Oren sunquick dan Tea Tarik - habis licin air minuman.
Menu Tambahan;
  • Kek Moist Chocolate - Pak Ngah Fateh buatkan dgn kek santan juga.
  • Kek Santan


Nampak macam sikit dan simple je tapi memang cukup sangat-sangat utk tetamu. Bajet tetamu dalam 30 orang je tapi rasa mcm dekat 50 orang juga la termasuk tetamu yg 'langkah kanan'. Ikutkan hati  nak order dan masak macam-macam lagi.

Dari segi decoration memang tiada, suami dah pesan awal-awal tak pyh ada acara tiup lilin, just baca doa dan potong kek. Tak nk ada deco-deco macam majlis birthday party yg biasa org buat tu ada belon, spray, topi dan macam-macam lagi tu. Katanya tu budaya omputeh jgn ikut. Asha pun patuh dan taat sahaja la arahan suami.

3 hari sebelum majlis atuk dan nenek dah eksaited siap pi hantar Fateh potong rambut kat Saloon. Kemain lagi pi saloon, kedai gunting rambut 'Aney' tak maunya si Fateh ni.

punya la takut org gunting rambut dia. menangis la apalagi.

Hilang dah rambut panjang ala Korea Fateh.


Majlis bermula pukul 3pm tapi tetamu tak sampai lagi masa ni. Kesian Fateh tunggu, termenung dia atas kerusi tunggu tetamu. Jadi ke tak jadi ni itulah agaknya yg bermain diminda Fateh. Tetamu yg betul-betul awal sampai masa tu Pak Cik Rayyan, kwn sepermainan Fateh.

Tetamu yg hadir pada hari tersebut. Bacaan doa sebagai permulaan majlis telah dibacakan oleh atuk Fateh. Selepas itu acara potong kek pula. Seronok sangat Fateh ramai kawan, senyum sampai ke telinga aje dia pada hari tersebut.

Diantara hadiah yg Fateh dapat pada hari itu, terima kasih abg upi & alfi, mak cik Qeela, Nek Long dan kakak Ilfi. Hadiah dari abahnya pula dapat awal seminggu dah, abahnya bagi basikal superbike. 

Alhamdulillah...Asha rasa bersyukur sangat-sangat diberi peluang melihat Fateh membesar di depan mata selama 2 tahun ini. Semoga Fateh menjadi seorang anak yg Soleh, taat pada Allah, Abah dan Ummi.

2 comments:

nieja said...

happy birthday Fateh..

Busyra Bt Takiyudin said...

sedapnyaaa kek tu.. hepy besday fateh comel .. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...