Tuesday, January 31, 2017

Western Dulang

Hari ahad yg lepas kami sekeluarga makan malam di restoran Nasi Ayam Gulai Kawah yg terletak di Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi. Alhamdulillah niat abah ada rezeki lebih katanya nak belanja kami makan. Maka tertunai sudah la hajatnya, bukan mudah nak kumpul sekeluarga macamni. 

Macam biasa, bab-bab nak cari tempat makan yg best2 ni mmg tugas kita la. Tau tempat makan ni da lama dah itu pun sbb viral kat laman sosial. Last time dtg sini nak mkn dgn family mertua tapi masa tu ramai sgt org dan tiada tmpt langsung. Kali ini dah tau mmg keluar awal, lepas maghrib je dalam pukul 8pm kami gerak dari rumah. Tak jauh pun dari Bangi lama nak ke Bandar Baru Bangi. Sampai pun tetap ramai juga, nak reserve mmg diorang tak buat, kena walk in juga. Nasib baik ada tempat untuk kami. 

Pada asalnya abah kita nak makan nasi ambeng, tapi kami semua tak setuju lagipun tak tau kat mana restoran yg ada jual nasi ambeng area kami ni, byk cafe or restoran hipster je skrg ni. Kesian pulak kat abah, rindu nak makan nasi ambeng air tgn nenek agaknya. Bila kita tunjuk gambar western dulang ni abah setuju pula, kita cakap kat abah anggap la western dulang ni macam nasi ambeng, kira nasi ambeng ala western la mkn dalam dulang juga hihihii.

Kami order 2 dulang. Setiap dulang side dish sama je cuma main dish je boleh tukar nak chicken chop or lambchop. Jadi kami order satu dulang chicken chop dan satu dulang lagi lambchop. Dalam tu ada fries, ayam drumet bbq, meat ball, spagheti Bolognese, chicken chop or lambchop dan sos pula ada 3 jenis-blackpaper/mashroom/thai sauce. Actually nak order 3 dulang tapi meja tak cukup besar pula. Kami ada tambah menu lain tapi pekerja kat situ tak buat pula maybe tak cukup tangan nak siapkan order customer lain. Rasanya memang sedap, berbaloi la makan. Harga sedulang tak silap kita RM45 atau 49$ macam tu. Total termasuk air semua around RM150++ .ok la tu harganya utk 8 org mkn.

Gambar sebelah kiri atas - sebelum gerak posing dlu dekat backdrop tapestry yg kita baru beli utk photoshoot koleksi tudung dan review product. Dalam gambar ni gambar air je yg takde, makanan sampai dulu terus ngap.


Ini la kedainya. Menu utama yg diorang ketengahkan nasi ayam gulai kawah tapi yg lebih popular western dulang. Tapi, nak makan western dulang ni malam je baru boleh order tau.


 Diantara menu-menu lain yang special kat sini. Next time boleh cuba.
Nasi ayam gulai kawah. Nampak lain dari yg lain juga menu kat sini kan. 

Nasi lemak sambal 6 negeri. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...