Thursday, March 2, 2017

Gunung Lang & Laksa Telur Goreng Bersarang

Assalamualaikum semua...last week balik ke kampung suami di Perak. Selalu balik memang jarang nak jalan-jalan area Perak ni, paling kurang pun selalu ke Lumut je. Kali ni balik suami ambil cuti panjang sikit so dapat la jalan-jalan pekan Ipoh.

Hari Sabtu balik kampung time pagi, asalnya nak balik hari Jumaat malam tapi suami sibuk siapkan kerja pula. 

Hari Ahad baru dapat jalan-jalan Ipoh. Ikut perancangan nak pergi Street Art, Gunung Lang dan makan Laksa Telur Goreng Bersarang. Tapi dapat pergi dua tempat je sebab tak cukup masa. Street Art tak dapat pergi, next time aje ler gamaknya.

First place pergi makan Laksa Telur Goreng Bersarang di Kafe Setinggan yang terletak di Jalan Margosa, Ipoh. 

Kami order Laksa Telur Goreng Bersarang yg viral tu. Memang sedap rasanya, telur goreng bersarang tu rasanaya sama macam telur dadar je. Tapi tgk tekak masing-masing juga ler, ada setengah orang tak suka mungkin sebab dah biasa makan dgn telur rebus.

Ni la kedainya, Kafe Setinggan. Memang sentiasa ramai je kafe ni, konsep restoran pun memang santai, ikut stail setinggan. Tempat basuh tangan pun pakai barang-barang terpakai seperti kuali dan dapur stail dulu-dulu tu. Lain-lain menu kat sini ada pau ayam yg betul-betul bentuk macam ayam tu tapi kami tak order pula, alahai ruginya. Ada nasi kukus, keropok lekor dan lain-lain lagi menu. Tapi yang kira popular dan viral kat sini Laksa dan pau ayamnya la.

Bila perut dah kenyang kami pun meneruskan perjalanan yg seterusnya ke Taman Rekreasi Gunung Lang. Lokasi pun tak jauh dari Kafe Setinggan, 15 minit je jaraknya.



Actually kat pintu masuk taman ni ada waterfall tapi masa kami sampai waterfall tak keluar pula. (foto sumber dari google)


Ni view dari pintu masuk. Nak ke tamannya kena naik bot dulu, tak la jauh pun dalam 10 minit je sampai. Sebelum naik bot kena la beli tiket dulu, tak mahal pun RM4 je utk sorang dewasa. Mula-mula ingat bot tu bawak kami pusing-pusing je tapi rupa-rupanya dihantarnya kami ke taman tersebut, kira macam pulau kecil la. Ingatkan taman tu dekat dgn pintu masuk je. 

Kat taman ni kalau malas nak jalan boleh sewa basikal. Nak tgk view cantik satu taman yg macam pulau ni kena naik menara atas ni tapi Asha malas nak naik tangga pula.

Penat juga jalan-jalan satu taman ni. Sempat la snap gambar kenangan dengan rusa kat belakang tu. Actually nak datang sini jangan datang time cuti sekolah sebab memang ramai sangat, ni kami pergi hari weekend pun dah ramai tapi dapat la juga naik bot bagai. 


Sempat juga ambil video view Taman Rekreasi Gunung Lang ni sikit.


Nota Kaki: Next entri - Mossy Forest, Gunung Brinchang Cameron Highland.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...