Thursday, August 24, 2017

D.I.Y Instant Syria



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yg dijanjikan Asha nak share D.I.Y Instant Syria. Mudah sahaja nak buatnya kalau anda memang ada basic menjahit, yg takde basic tapi memang ada minat mendalam dalam seni jahitan pun boleh je buat ni. 

Seni jahitan ni perkara utama yg perlu diketahui atau dipelajari selain dari teknik-teknik menjahit adalah anda juga perlu tahu jenis-jenis atau material kain yg sesuai untuk menjahit tudung Instant ini.

Material yg sesuai untuk buat Instant Syria ni tak lain tak bukan material kain dari jenis lycra. Lycra pun ada jenis-jenisnya juga tau. Yang paling biasa kita pakai lycra, lycra cotton dan lycra denim. Untuk D.I.Y Instant Syria yg Asha buat ini Asha menggunakan kain jenis lycra cotton Japanese dan harganya pula sedikit mahal dari lycra biasa. 

Untuk buat tudung instant syria size S-L kita hanya memerlukan semeter kain sahaja. Make sure bidang 60', kalau bidang 45' size S je la yg dapat. Kain lycra perlu dilipat dua seperti di atas dan letakkan pola tudung instant syria di atasnya. Pastikan yg bertanda bulat tiga ketul kat pola tu atau kita panggil penanda 'basi' di bahagian kain yg berlipat. Senang cerita 'basi' tu adalah bahagian kain yg tidak dipotong.


Pastikan anda lebihkan 1 1/2 inci untuk bahagian muka. Lepas tu potong kain bermula di bahagian bawah muka dan potong ikut keliling pola sampai habis.


Ini la rupanya kain yg telah disiap potong. Tips untuk potong kain ikut pola ni anda haruslah pin pola pada kain dengan menggunakan jarum peniti supaya potongan kain anda kemas dan tak lari.


Langkah pertama selepas kain disiap potong anda perlu jahit tudung di bahagian yg perlu dicantumkan bermula dari bawah muka atau leher seperti diatas. Masa jahit part ini anda perlu lebihkan 1/2 inci dari tepi kain.


Langkah seterusnya, kita jahit bahagian muka yg telah kita lebihkan 1 1/2 inci tadi. Kita lipat dua kali lebih kurang 1/2 inci atau 1.5cm size lipatannya. Kita jahit sampai habis.


Lepas tu boleh la ukur dgn tape pengukur selari ke tidak saiz yg kita nak tu. Kemudian kita jahit lurus lagi seperti diatas, nampak tak ada jahitan double tu. Tujuannya nak bg tudung lebih kemas, takdela gelembung. Lebih elok dan kemas jika anda ada jarum double needle.

Ni dia rupa jarum double needle tu, ekceli Asha pun baru je beli jarum ni memandangkan tempahan tudung instant syria ni agak memberangsangkan. Tapi belum cuba lagi.


Part akhir sekali kita jahit tepi biasa di bahagian cantuman tudung tadi. Contoh jahitan pada foto yg pertama. Kalau anda tiada mesin jahit tepi boleh je buat jahit sembat pakai tangan kalau rajin, yg ni Asha hantar kedai je utk jahit tepi sbb takde mesin jahit tepi. Untuk part keliling tudung pula kita  jahit tepi halus seperti foto sebelah kanan.

Tara...camni la rupanya. Adeh..lupa nak iron dulu hihihii. Sesuai digayakan dengan inner cap, nak pakai macamni je pun boleh. Sesuai dipakai bila nak pergi pasar ke, buang sampah ke, tak pun bila posmen datang rumah tak sempat nak lilit selendang ke towel ke tudung gini je sarung cepat. Pendek kata sesuai buat pakai basahan.

POLA tudung anda boleh beli dengan tukang jahit tudung, banyak je tailor yg jual pola yg dah siap ni, senang tak payah nak draw sendiri, tak pun boleh je pakai contoh tudung instant anda yg sedia ada tu. Lagi satu kalau anda nak tambah awning tudung yg keras ke atau yg lembut pun boleh, part yg ni nnt ada masa Asha share yek.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...